BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI
(iv) SMK Datuk Mansur, Bahau, Negeri Sembilan
Sekolah ini menganjurkan aktiviti pertandingan karangan dan lukisan tentang hak asasi manusia.
Sekolah ini juga melancarkan ‘Minggu Hak Asasi Manusia’ di mana aktiviti berkaitan hak asasi
manusia dijalankan, termasuk lukisan mural di dinding sekolah berdasarkan artikel-artikel
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.
(v)
SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka
Sekolah ini menyediakan ruang khas yang dipanggil ‘Pondok Hak Asasi’, yang mempamerkan
semua bahan berkenaan hak asasi manusia untuk kegunaan para pelajar. Pihak sekolah juga
menggunakan siaran radio sekolah untuk menyebarkan maklumat dan aktiviti berkenaan hak
asasi manusia.
Berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan, Suruhanjaya berpendapat kelima-lima buah sekolah
ini perlu mengambil tindakan yang berikut:
•
Memajukan dokumentasi tentang aktiviti yang dijalankan di bawah program ATHAM bagi
memudahkan proses penilaian dan rujukan;
•
Membabitkan lebih ramai guru dan warga sekolah dalam menjalankan program ATHAM kerana
usaha untuk membudayakan hak asasi manusia di sekolah-sekolah memerlukan kerjasama dan
pembabitan menyeluruh; dan
•
Meningkatkan integrasi sesama pelajar terutamanya di kalangan pelajar menengah rendah bagi
mengurangkan masalah buli dan pergaduhan antara kaum dan juga masalah-masalah disiplin
yang melibatkan pencabulan hak asasi manusia.
Bagi menilai keberkesanan program ATHAM, Suruhanjaya mengadakan kerjasama dengan Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak bagi menjalankan kajian kerja (formative study).
Ini akan membantu Suruhanjaya menilai dengan tepat keberkesanan ATHAM, sebelum menjalankan
program ini di sekolah-sekolah lain.
(b) Hak Pendidikan Kanak-Kanak Orang Asli
Undang-undang di peringkat domestik dan antarabangsa menjamin hak pendidikan Orang Asli.
Kebanyakan agensi Kerajaan berpendirian bahawa Orang Asli dan kanak-kanak Orang Asli harus
menerima pendidikan kebangsaan di bawah prinsip kesamarataan.
25