BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI
(ii)
SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
‘Peti Suara Hati’ memberi ruang kepada pelajar untuk turut serta memberi pendapat dalam
perkara yang melibatkan mereka. Pelajar dapat menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati,
kritikan atau cadangan kepada pihak sekolah. Pelajar berasa dihargai apabila cadangan dan
luahan mereka diambil kira oleh pihak sekolah. Pelajar turut diingatkan bahawa mereka
seharusnya menggunakan hak yang telah dipertanggungjawabkan. Pihak sekolah turut
menawarkan peluang pendidikan yang sama rata kepada kanak-kanak istimewa di sekolah
tersebut. Suruhanjaya mendapati bahawa kanak-kanak ini tidak berasa dipinggir atau
didiskriminasi oleh warga sekolah.
(iii) SMK Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
Pihak sekolah membenarkan para pelajar merancang dan menjalankan beberapa program atas
usaha mereka sendiri dengan pemantauan dan bantuan yang minimum daripada guru. Sebagai
contoh, para pelajar menganjurkan ‘Majlis Makan Malam Badan Pengawas’ di sebuah hotel di
Kuala Lumpur. Ia turut menggalakkan para ibu bapa untuk menyertai aktiviti-aktiviti di sekolah
bagi mengeratkan kerjasama dan persefahaman.
Pilihanraya Pengawas di SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak.
Seorang pelajar istimewa dibantu untuk membuang undi
24