BAB 1 BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI Tumpuan pada tahun ini adalah pada kerja-kerja susulan bagi program-program yang telah dijalankan untuk memastikan kesinambungan berkesan dalam meningkatkan kesedaran tentang hak asasi di kalangan kumpulan sasaran. Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi (EWG) menjalankan program pendidikan hak asasi manusia di sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi, dan kepada Orang Asli, wanita, belia dan agensi penguatkuasaan undang-undang. EWG turut menerbitkan dua buah laporan, iaitu Status Hak Pendidikan di kalangan Kanak-kanak Orang Asli dan Status Hak Asasi Wanita di Malaysia. 1. HAK KEPADA PENDIDIKAN (a) Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah Pada Jun 2009, Suruhanjaya telah mempelopori satu projek yang dinamakan Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. EWG sejak tarikh tersebut telah bekerjasama dengan lima buah sekolah menengah terpilih bagi menyediakan garis panduan tentang cara perlaksanaan program ini dalam lawatan ke semua sekolah ini sebanyak tiga kali sepanjang tahun. Lawatan-lawatan ini banyak membantu Suruhanjaya dalam memantau kemajuan program ini dan memastikan ianya bertepatan dengan matlamat asal. Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah turut mengikuti lawatan ke sekolah-sekolah terbabit bagi memberi pendapat dan pandangan bidang kepakaran masing-masing. Maklum balas daripada sekolah-sekolah tersebut amat memberansangkan. Kelima-lima sekolah ini menjalankan pelbagai aktiviti bagi menerapkan nilai hak asasi manusia di kalangan pelajar dan warga sekolah. (i) SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak. Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa jumlah disiplin di sekolah telah menurun sejak memperkenalkan pilihanraya bagi memilih pengawas sekolah. Pelajar kini lebih mempercayai dan menghormati pengawas-pengawas yang dipilih pelajar sendiri. Suruhanjaya mendapati bahawa pilihanraya sebegini boleh dijalankan dengan teratur dan efektif apabila sekolah-sekolah diberi garis panduan yang betul selain memberi ruang kepada pelajar untuk turut serta. 23

Select target paragraph3