ISU-ISU UTAMA
10. RATIFIKASI INSTRUMEN TERAS HAK ASASI MANUSIA
ANTARABANGSA
Sejak penubuhannya, Suruhanjaya terus mendorong Kerajaan untuk meratifikasi atau mengesahkan
kesemua instrumen hak asasi manusia antarabangsa termasuk Kovenan Antarabangsa Mengenai
Hak Sivil dan Politik (ICCPR), Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan
Kebudayaan (ICESCR), Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim,
Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (CAT), Konvensyen Antarabangsa tentang
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD), Kovenan Antarabangsa tentang
Perlindungan Hak-hak Semua Pekerja Migran dan Ahli-ahli Keluarga mereka (ICRMW) dan Konvensyen
Antarabangsa terhadap Perlindungan Semua Orang daripada Kehilangan secara Paksaan (CED).
Pada 2004, Suruhanjaya mengulangi saranannya kepada Kerajaan untuk meratifikasi ICCPR, ICESCR,
CAT dan Protokol Pilihan kepada CRC tanpa melengahkannya. Ini adalah instrumen-instrumen
penting bagi membuktikan komitmen Kerajaan dalam menghapuskan kemiskinan, melindungi hakhak sosio-ekonomi, meningkatkan maruah manusia dan mempromosikan hak-hak sivil dan politik
kepada semua anggota masyarakat.
Suruhanjaya sekali lagi menyarankan agar Kerajaan memperkukuh dan menpertingkatkan kuasa
Suruhanjaya supaya dapat memainkan peranan yang penting dalam memerhati dan memantau
pelaksanaan Kerajaan menerusi instrumen-instrumen ini.
21