ISU-ISU UTAMA Syor-syor ini dibentuk bagi meningkatkan pertimbangan di kalangan penggubal dasar mengenai pentingnya mengutamakan hak asasi manusia dalam perbincangan penggubalan dasar serta dalam perangkaan Instrumen ASEAN untuk Perlindungan dan Promosi Hak-hak Pekerja Migran. (ii) Hak Pencari Suaka dan Orang Pelarian Pada ketika ini, tiada undang-undang yang melindungi pencari suaka dan orang pelarian di Malaysia. Oleh itu, hak-hak orang pelarian amat terhad. Pencari suaka dan orang pelarian masih ditangkap, ditahan, dan dijatuhkan hukuman akibat kesalahan imigresen, termasuklah mereka yang mempunyai dokumentasi Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR). Dalam hal ini, Suruhanjaya menegaskan bahawa Malaysia, sebagai anggota Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia, bertanggungjawab untuk melindungi dan membantu pencari suaka dan orang pelarian, walaupun negara ini belum lagi mengesahkan konvensyen-konvensyen antarabangsa yang relevan. Suruhanjaya akan melaksanakan cadangan-cadangan terdahulu2 dan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri dan UNHCR untuk merealisasikan persetujuan kepada konvensyen-konvensyen antarabangsa berkaitan orang pelarian. Suruhanjaya juga mengesyorkan agar Kerajaan menyediakan keadaan hidup yang lebih baik bagi orang pelarian di Malaysia. 8. PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA NASIONAL (NHRAP) Suruhanjaya berpuas hati dengan langkah-langkah positif yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP) sebagai sebahagian daripada usaha progresif untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini. Suruhanjaya mengakui bahawa agensi fokal Kerajaan mempunyai peranan utama dalam penghasilan NHRAP, dan berpendapat bahawa semua sektor masyarakat harus menyertai secara langsung dan tidak langsung dalam persiapan dan penghasilan NHRAP, kerana pelan ini dimiliki semua rakyat. Dalam hal ini, Suruhanjaya telah mencadangkan pembentukan sebuah jawatankuasa sementara yang terdiri daripada wakil-wakil pihak berkepentingan untuk membantu agensi fokal di peringkat persiapan, dan dengan kajian dasar bagi mengenalpasti masalah utama yang harus ditangani dalam NHRAP. 2 Rujuk muka surat 107 Laporan Tahunan SUHAKAM 2007. 19

Select target paragraph3