ISU-ISU UTAMA
Suruhanjaya dengan tegasnya mengulangi pendirian bahawa setiap orang mempunyai hak untuk
menyertai perhimpunan aman sebagaimana dijamin Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan berhimpun juga dijamin di bawah Artikel 20(1) UDHR.
3. KEBEBASAN BERSUARA DAN MAKLUMAT
Kebebasan bersuara termaktub dalam UDHR dan mewakili nilai demokrasi yang penting. Walau
bagaimanapun, penggunaan pelbagai undang-undang arbitrari seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi
1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah menyebabkan pengharaman sesetengah
penerbitan tertentu di Malaysia. Penggantungan atau pembatalan lesen penerbitan kononnya untuk
mengekalkan ketenteraman sosial telah menyekat kebebasan bersuara dan maklumat.
Suruhanjaya terus menyeru supaya Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 19 UDHR
dihormati. Artikel 19 UDHR menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan
berpendapat dan bersuara, termasuk kebebasan memberi pendapat tanpa sekatan dan untuk
memperoleh, menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui media, tanpa sempadan.
Suruhanjaya mengesyorkan pembentukan majlis media yang bebas untuk membolehkan media
mengawal selia sendiri, menyelesaikan pertikaian atau aduan dan memantau pematuhan kod etika
profesional industri.
4. KEBEBASAN BERAGAMA – ISU-ISU PENUKARAN AGAMA
Pada bulan Oktober 2009, Suruhanjaya telah menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja
yang mengetengahkan isu-isu penukaran agama oleh pasangan dalam sesebuah perkahwinan yang
menimbulkan masalah-masalah lain termasuk hak penjagaan dan nafkah anak. Ini berpunca daripada
ketiadaan peruntukan dalam menangani isu-isu seumpama ini dalam enakmen pentadbiran undangundang Islam sesetengah negeri dan Akta Wilayah Persekutuan. Oleh itu, dalam representasi yang
dibuat kepada Majlis Raja-Raja, Suruhanjaya menyeru agar pentadbiran undang-undang Syariah
dan Wilayah Persekutuan diseragamkan dan satu prosedur yang jelas berkenaan kes-kes penukaran
agama diperuntukkan.
Pada bulan November, Suruhanjaya telah menghantar sepucuk surat kepada Jabatan Peguam
Negara sebagai tindakan susulan berhubung perkara tersebut. Pada bulan Disember, Suruhanjaya
telah menerima maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara menyatakan bahawa Jabatan
berkenaan sedang berusaha meminda beberapa undang-undang berkaitan, bagi menyelesaikan
masalah tersebut.
14