MESEJ PENGERUSI Saya juga ingin melahirkan penghargaan kepada United Nations Country Team dan Suruhanjaya Eropah atas sokongan dan kerjasama mereka dalam merealisasikan visi Suruhanjaya sepanjang tahun ini. Suruhanjaya turut berterima kasih kepada pejuang hak asasi manusia yang semakin ramai atas usaha gigih mereka mempromosi kesedaran hak asasi manusia dan membantu mereka yang tertindas hak mereka. Kami mendapat inspirasi daripada komitmen teguh mereka terhadap UDHR dan aspirasi untuk melihat semua manusia hidup bermaruah dan dihormati, serta terhindar daripada diskriminasi, penyisihan, penindasan dan keganasan. Suruhanjaya akan terus bekerjasama dengan mereka, dan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk agensi Kerajaan. Sokongan dan kerjasama yang berterusan adalah penting bagi merealisasikan sepenuhnya hak asasi manusia di Malaysia. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan Suruhanjaya – Naib Pengerusi, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee – juga kepada Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Encik James Nayagam, Encik Muhammad Sha’ani Abdullah, Encik Detta Samen and Puan Jannie Lasimbang, yang sudi meluangkan masa bagi memastikan keberkesanan operasi Suruhanjaya. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan Suruhanjaya, yang diketuai oleh Setiausaha, Puan Hashimah Nik Jaafar, atas sokongan tak terhingga mereka dalam memenuhi mandat Suruhanjaya untuk mempromosi, melindungi dan memantau hak asasi manusia dan dalam penyediaan dan penghasilan laporan ini. Sebagai kesimpulan, saya ingin mengulangi seruan kami kepada Kerajaan, terutamanya agensi berkaitan, bagi meneruskan kerjasama dan sokongan mereka dalam mempertimbang dan melaksanakan syor-syor Suruhanjaya yang telah lama dicadangkan tetapi tidak dijalankan sepenuhnya. Ianya penting bagi penambahbaikan prestasi hak asasi manusia di negara kita, seterusnya mempromosi prestij dan kredibiliti Malaysia – dari sudut pembangunan nasional dan bidang lain – tetapi ketinggalan dari segi hak asasi manusia. Kita perlu mengotakan komitmen terhadap prinsip dan norma hak asasi manusia antarabangsa sepertimana yang termaktub dalam UDHR. Akhir sekali, adalah penting bagi memastikan Suruhanjaya sebagai sebuah badan yang bebas bagi membolehkannya menjalankan tugas dengan efektif, tanpa memihak kepada sesiapa, menyedari bahawa kejayaannya melaksanakan mandat sebagai institusi hak asasi manusia nasional akan turut memberi kesan kepada Kerajaan dan negara keseluruhannya. Sehubungan itu, Suruhanjaya sedang menyemak semula dan akan membentangkan dalam masa terdekat beberapa kertas kerja yang mungkin melibatkan perubahan dan pembaikan ke atas Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) supaya Suruhanjaya berada setaraf dengan institusi hak asasi manusia yang terbaik dan paling efektif di dunia dari segi kerja dan operasinya. 5

Select target paragraph3