LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI 7.3 Bantuan Peralatan dan Kelengkapan Persekolahan i. ii. iii. 7.4 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) i. 7.5 Makanan yang diberikan hendaklah menepati menu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, berkhasiat dan bersih. Bantuan Kewangan JHEOA dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) i. ii. iii. 60 JHEOA dan KPM boleh bekerjasama dalam menilai semula sistem pemantauan pengurusan bantuan dari aspek kualiti, kuantiti dan piawaian bahan ke daerah pedalaman dan terpencil supaya tidak berlaku penyimpangan dari dasar-dasar yang telah ditetapkan. Contohnya, pengurusan kewangan dan pembelian peralatan dan kelengkapan sekolah seperti kerusi-meja dalam kelas, bahan bantu mengajar seperti buku rujukan guru, buku di bilik sumber sekolah, kualiti makanan RMT dan juga makanan tengahari murid sekolah harian, pengangkutan murid ke sekolah dan kelewatan pembaikan peralatan ICT. KPM boleh memantau sama ada kelengkapan fizikal sekolah-sekolah pedalaman dan terpencil adalah mencukupi dan berfungsi supaya guru dan murid selesa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. KPM juga dicadangkan melihat semula kemudahan asas dan penginapan guru supaya mereka rasa selesa dan selamat untuk bertugas di daerah pedalaman dan terpencil. Jabatan Pelajaran Negeri perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan bahawa tidak berlaku pencairan maklumat kepada pegawai pelajaran daerah, pengetua, guru besar dan guru-guru, khasnya di sekolah yang ada murid Orang Asli dan juga sekolah pedalaman. SUHAKAM mendapati terdapat pelbagai tafsiran tentang peraturan dan kelayakan pemberian KWAPM, biasiswa kecil, bantuan pakaian dan peralatan persekolahan, bantuan kewangan dari JHEOA, pemberian RMT dan insuran Takaful. Ibu bapa murid dan masyarakat setempat hendaklah dimaklumkan mengenai bentuk dan kaedah bantuan yang diberikan kepada murid Orang Asli supaya tidak berlaku salah faham dan syak wasangka terhadap KPM dan JHEOA. Bantuan ini seeloknya disampaikan pada waktu yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan akan menyulitkan proses pembelajaran.

Select target paragraph3