LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
6.1.10 Kanak-Kanak Yang Tidak Dapat Bersekolah
i.
ii.
iii.
Terdapat 2 buah perkampungan di daerah Gerik iaitu Kampung Sg.
Kejar dan Kampung Selaoh di mana kanak-kanak tidak bersekolah
langsung kerana tiada kemudahan disediakan oleh KPM dan JHEOA.
Bilangan mereka yang tidak bersekolah di Kampung Sungai Kejar ialah
seramai 52 orang kanak-kanak yang berumur antara 6-12 tahun dan
seramai 23 orang pula berumur antara 13-17 tahun. Sementara di
Kampung Selaoh terdapat 42 orang berumur 6-12 tahun dan 12 orang
berumur 13-17 tahun. Keadaan ini telah berlarutan selama lebih 4
tahun. Sebagai respons kepada laporan SUHAKAM, pihak KPM melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Isu Pendidikan Orang Asli
dan Penan Bil.1/2009 pada bulan Ogos 2009 yang dipengerusikan
oleh Y. Bhg. Tan Sri KPPM telah bersetuju untuk menyediakan Sekolah
Cawangan SK Sungai Tiang. Sekolah ini akan menggunakan Kurikulum
Bersepadu Murid Orang Asli dan Penan (KAP) dan juga melaksanakan
Kelas Dewasa untuk ibu bapa selewatnya pada awal tahun 2010.
Sementara itu, atas cadangan SUHAKAM, JHEOA telah menjalankan
kelas “Penggalak Membaca”9 yang diuruskan oleh pegawai-pegawai
JHEOA daerah Gerik sejak pertengahan tahun 2009. Semasa lawatan
SUHAKAM bersama JHEOA pada 21 Oktober untuk perbincangan dan
melihat tapak sekolah, didapati kesemua kanak-kanak begitu berminat
mengikuti kelas dan lebih kurang 5 orang telah mengenal huruf.
Dua buah keluarga dimaklumkan telah menghantar anak mereka ke
SK Sungai Tiang. Ibu bapa juga turut berminat mengikuti program
berkenaan.
Di daerah Gua Musang juga, masih terdapat kanak-kanak yang tidak
bersekolah walaupun disediakan kemudahan seperti pengangkutan
dan asrama. Di kawasan Kampung Kuala Betis sahaja, terdapat lebih
kurang 20 kanak-kanak yang tidak bersekolah.
SUHAKAM mendapati semasa lawatan pada 21 September 2007 ke
Kampung Rening, Cameron Highland seramai 34 orang kanak-kanak
Orang Asli yang berumur dari 6-12 tahun tidak pernah bersekolah.
Ini berlaku berikutan tiada sebarang kemudahan pengangkutan yang
disediakan bagi kegunaan mereka ke sekolah. Sementara itu, seramai
20 orang remaja Orang Asli yang berumur 18 tahun ke bawah hanya
bersekolah sehingga Tahap 1 sekolah rendah.
9
Program Penggalak Pembaca adalah program intervensi oleh JHEOA untuk mengatasi buta huruf di
kalangan komuniti Orang Asli.
54