SUHAKAM
6.1.4
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
i.
Ibu bapa di Kuala Gandah dan Kuala Betis menyatakan bahawa ada
murid Orang Asli yang layak mendapat RMT tetapi tidak diberi oleh
pihak sekolah.
Ibu bapa dari ketiga-tiga daerah yang dilawati menyatakan makanan
ii.
yang disediakan untuk RMT tidak menepati kualiti dan kuantiti seperti
yang dikehendaki. Makanan kadangkala didapati basi dan tidak
menepati menu.
iii.
Walaubagaimanapun, SK Sungai Tiang memastikan semua murid
diberi Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Sekolah menggunakan
khidmat Kelab Guru SK Sungai Tiang untuk membeli bahan mentah.
Antara aduan yang diterima ialah bahan yang dibeli adalah sentiasa
sama iaitu sardin, ikan bilis dan bihun walaupun ada menu yang
disediakan oleh pihak KPM.
iv.
Ibu bapa Sungai Tiang mengadu kebersihan makanan yang disediakan
tidak memuaskan, akibatnya anak mereka kerap mengalami sakit
perut dan cirit-birit.
6.1.5
Bantuan Kewangan JHEOA dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM)
i.
Terdapat Guru Besar yang tidak memberi KWAPM kepada murid Orang
Asli kerana tiada dokumen pengenalan diri walaupun diperakukan oleh
Tok Batin.
Ada sekolah yang memberi KWAPM dalam bentuk barangan dan wang
ii.
selebihnya diberikan kepada ibu bapa. Terdapat ibu bapa yang tidak
berpuas hati kerana tidak mendapat wang sepenuhnya walaupun
dimaklumkan bahawa wang yang diterima adalah baki kepada
pembelian keperluan anak-anak mereka.
iii.
Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang memberi KWAPM dalam bentuk
wang tunai kepada ibu bapa dan mereka akan membeli sendiri
keperluan anak-anak mereka.
Terdapat sekolah yang gagal memaklumkan secara jelas dan terperinci
iv.
mengenai perbelanjaan KWAPM kepada pihak ibu bapa
Terdapat aduan dari masyarakat Orang Asli di daerah Kampar, Perak
v.
bahawa masih terdapat perbezaan jumlah bayaran KWAPM di antara
dua sekolah di daerah yang sama iaitu di SK Kuala Dipang di mana murid
mendapat RM700.00 seorang, sementara di SK Sahom mereka hanya
mendapat RM200.00 dan pada tahun 2008 tidak seorang pun murid di
sekolah ini mendapat KWAPM. Kes yang sama berlaku di SK Pos Kemar,
Gerik, Perak pada tahun 2007 di mana kesemua murid tidak mendapat
bantuan KWAMP
49