LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
vi.
vii.
6.1.2
Kehadiran pelajar asrama selepas cuti sekolah kerap menjadi
masalah kerana setiap kali selepas cuti ramai daripada mereka
tidak hadir ke sekolah atas alasan tiada kenderaan yang
mengambil mereka. JHEOA pula menyatakan para pelajar tidak
menunggu pada waktu yang ditetapkan. Pada tahun 2008, di
SMK Tengku Putra 2 di Gua Musang, Kelantan sahaja seramai
20 daripada 148 orang pelajar tidak hadir ke sekolah selepas
cuti penggal. Sementara di SK Tohoi di daerah Gua Musang,
Kelantan seramai 30 daripada 70 orang murid tidak hadir ke
sekolah kerana masalah yang sama.
Terdapat beberapa penempatan Orang Asli khasnya di daerah
pedalaman tidak disediakan kemudahan pengangkutan
sehingga kanak-kanak Orang Asli tidak dapat bersekolah
langsung. Kawasan-kawasan yang dikenalpasti oleh SUHAKAM
adalah Kampung Sungai Kejar dan Kampung Selaoh, Gerik,
Perak dan Kampung Sungai Rening Genting Highlands,
Pahang. Selain itu, terdapat juga penempatan Orang Asli yang
tidak mempunyai jalan penghubung untuk memudahkan
pengangkutan di kawasan tersebut.
Pemerolehan Dokumen Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
i.
ii.
Dokumen pengenalan8 diri adalah salah satu isu yang penting dan yang
masih belum dapat diselesaikan di kalangan Orang Asli walaupun agensiagensi berkenaan cuba mempermudahkan lagi proses menyediakan
dokumen pengenalan khas untuk Orang Asli. (Sila rujuk Jadual 15
untuk data murid yang tidak mempunyai sijil kelahiran sehingga tahun
2007)
Akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri yang sah, murid Orang
Asli menghadapi masalah untuk menduduki peperiksaan awam,
mendapatkan bantuan kewangan mahu pun bantuan kebajikan yang
lain. Selain itu, mereka juga akan berhadapan dengan masalah apabila
berurusan dengan pihak luar. Dari segi kesan emosi-psikologi, mereka
juga merasa terpinggir, rendah diri dan malu untuk bergaul dengan
masyarakat luar.
8
Sumber: Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Per.7: Hak untuk mendapat nama dan kerakyatan
menyatakan “Kanak-kanak hendaklah didaftarkan sebaik selepas dilahirkan dan hendaklah mempunyai hak sejak
lahir, mempunyai hak terhadap suatu nama, hak untuk memperolehi kerakyatan dan seboleh-bolehnya hak untuk
mengetahui dan dijaga oleh ibu bapanya.”, Per.8 : Memelihara identiti menyatakan “Negara mempunyai obligasi
untuk melindungi, dan jika perlu, memantapkan semula aspek asas identiti termasuk kerakyatan dan hubungan
kekeluargaan.”
46