SUHAKAM
Manakala Kumpulan Kerja Pendidikan pula telah memfokuskan
kepada hak pendidikan dan pendaftaran kelahiran Orang Asli. Pada
tahun 2005, SUHAKAM telah mengadakan beberapa siri lawatan ke
perkampungan Orang Asli untuk meninjau sendiri keadaan Orang Asli
dan hak pendidikan kanak-kanak Orang Asli.
Jadual 11: Lawatan SUHAKAM ke Perkampungan Orang Asli
Tarikh
24 Mac
2005
25-26 Mei
2005
21-23 Julai
2005
Kawasan
Tempat yang dilawat
Kuala Kubu
Bharu, Selangor
i. Sekolah Kebangsaan Tun Abdul
Razak
ii. Kampung Gerachi
iii. Kampung Pertak
iv. Kampung Buloh Telor
Rompin dan
Pekan, Pahang
i. Sekolah Kebangsaan Bandar Dua,
Paloh Hinai
ii.Kampung Bukit Serok, Rompin
iii. Kampung Simpang Empat, Pekan
iv. Kampung Langkap Lombong
v. Kampung Bangkong, Pekan
vi. Kampung Wawah
vii. Kampung Patik Jelutong
Grik, Perak
i. Sekolah Kebangsaan Banun
ii. RPS Banun
iii. Kampung Sg. Raba
iv. Kampung Desa Ria
v. Masyarakat berdekatan Sg. Belan
vi. Kampung Bukit Asung
Hasil daripada lawatan tersebut, SUHAKAM telah berjaya mengumpul isuisu pendidikan Orang Asli. Maklumat yang diperolehi adalah melalui hasil
pemerhatian SUHAKAM semasa lawatan, temuramah bersama ketua komuniti
seperti tok batin, masyarakat Orang Asli termasuk kanak-kanak serta guruguru di sekolah yang dilawati. Antara isu pendidikan yang dibangkitkan adalah
seperti berikut:
• Masalah kewangan.
• Kesukaran memperolehi kemudahan persekolahan.
• Masalah pengangkutan ke sekolah.
• Mutu kemudahan asrama sekolah Orang Asli.
• Kurang motivasi daripada ibu-bapa untuk memastikan anak-anak
mereka pergi ke sekolah.
• Masalah kanak-kanak Orang Asli untuk menguasai pelajaran di
sekolah.
• Tiada kelayakan untuk menduduki peperiksaan kerana ketiadaan sijil
kelahiran.
39