SUHAKAM b. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Kesemua murid Orang Asli di Sekolah Murid Orang Asli 100% mendapat KWAPM5 secara automatik. Walaubagaimanapun, murid Orang Asli yang bersekolah di sekolah arus perdana masih perlu memenuhi syarat seperti kanak-kanak lain. (Sila rujuk Lampiran 6) c. Bantuan Makanan Asrama Bantuan ini diberi kepada semua murid Orang Asli yang tinggal di asrama. KPM telah meningkatkan kadar bayaran makanan asrama dari RM6.70 kepada RM12.00 seorang sehari semenjak tahun 2007. d. Pemberian Buku Teks Kemudahan bantuan buku teks percuma telah dipanjangkan kepada semua murid sekolah termasuk semua murid Orang Asli. e. Skim Baucer Tuisyen Skim Baucer Tuisyen ini bertujuan untuk membantu murid miskin untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik mereka. Muridmurid akan dikenalpasti oleh pihak sekolah dan kelas tuisyen akan dijalankan oleh pihak sekolah menggunakan bahan pengajaran yang telah disediakan oleh KPM. Guru akan dibayar mengikut bilangan murid yang didaftarkan iaitu RM10.00 seorang murid. f. Elaun Pakaian Seragam Unit Beruniform Pada tahun 2008, KPM memperkenalkan Elaun Pakaian Seragam Unit Beruniform kepada murid sekolah rendah dan menengah daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada murid Orang Asli yang menyertai unit Pakaian Seragam. 5. Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Satu Surat Ikatan Amanah telah diluluskan pada 10 April 2003 dengan tujuan memberi bantuan kepada murid/pelajar miskin untuk mendapat dan meneruskan pendidikan di sekolah, di samping meningkatkan kecemerlangan pencapaian pendidikan mereka. Penubuhan KWAPM adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang mula berkuatkuasa pada Januari 2003. Bantuan ini telah dipanjangkan kepada murid-murid Orang Asli. Pada tahun 2008 KWAPM telah diberikan secara automatik kepada semua murid Orang Asli yang bersekolah di Sekolah Murid Orang Asli. * sekiranya murid/pelajar tidak mempunyai sijil lahir, pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara adalah perlu. Bagi murid/ pelajar Orang Asli, pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli adalah perlu. Sumber: Bahagian Biasiswa (KPM) pada tahun 2008; Pekeliling Biasiswa Bil. 1 Tahun 2006 Pemberian Bantuan Murid/Pelajar Di Bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 31

Select target paragraph3