SUHAKAM (3) Menteri boleh, jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan manamana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu. (4) Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini. 2.4 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat pula menyatakan pendidikan asas harus dijadikan wajib dan diberikan secara percuma. Perisytiharan ini juga menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak adalah bertujuan untuk perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan mengukuhkan rasa hormat. Perkara 26 (1) “Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberi percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang sama rata kepada semua atas dasar kebolehan”. Perkara 29 (2) “Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia. Ianya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan agama dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan”. 2.5 United Nation Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UN-DRIP), 2007 UN-DRIP telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2007 setelah berdebat hampir dua dekad. Dokumen ini membincangkan hak Orang Asal di seluruh dunia yang dianggarkan berjumlah 370 juta orang. 13

Select target paragraph3