LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI Tinjauan awal SUHAKAM mendapati terdapat beberapa sebab kanak-kanak Orang Asli tidak bersekolah langsung. Antaranya adalah penempatan mereka yang jauh di pedalaman dan tiada kemudahan bersekolah, kemiskinan tegar, sikap ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak dan ketidakprihatinan agensi-agensi berkaitan dalam menangani isu-isu pendidikan kanak-kanak tidak bersekolah langsung. 1.2 Definisi Orang Asli Menurut Akta Orang Asli 1954, Seksyen 3(1) mentakrifkan Orang Asli sebagai : (a) mana-mana orang yang bapanya ialah anggota kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuk seorang keturunan melalui jurai lelaki orang itu; (b) mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa bayi oleh Orang Asli yang telah dilahirkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan ialah anggota suatu masyarakat Orang Asli; (c) anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli. Mengikut rekod Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), sehingga 2006 terdapat lebih kurang seramai 141,230 Orang Asli yang mewakili 0.6% daripada jumlah rakyat Malaysia. Orang Asli terbahagi kepada tiga kumpulan kaum iaitu kaum Negrito (terdiri dari enam suku kaum), Senoi (terdiri dari tujuh suku kaum) dan Melayu Proto (terdiri dari enam suku kaum). Setiap suku kaum ini mempunyai bahasa dan tradisi mereka sendiri. Jadual 1: Populasi Mengikut Kaum Tahun 2003 dan 2006 Kategori Populasi 2003 Populasi 2006 Negrito 4,001 3,671 Senoi Melayu Proto JUMLAH 81,826 61,585 147,412 79,155 58,404 141,230 Sumber: (i) Center for Orang Asli Concern (COAC) Populasi 2003 (ii) Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Populasi 2006 4

Select target paragraph3