PERUTUSAN PENGERUSI
PERUTUSAN PENGERUSI
Ini merupakan Laporan Tahunan ke 11 Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia dan yang kedua oleh anggota Suruhanjaya
semasa. Sebagaimana kelaziman, Suruhanjaya menyerahkan Laporan
Tahunannya ke Parlimen semasa persidangan pertama Parlimen
tahun ini, dan adalah menjadi harapan dan jangkaan kami agar
ianya diteliti dan untuk julung kalinya, dibahas oleh penggubal
undang-undang agar mereka dan negara keseluruhannya akan
lebih memahami situasi hak asasi dan boleh menyumbang ke arah
kemajuannya demi kepentingan masyarakat.
Seperti biasa, salah satu cabaran utama Suruhanjaya ialah
memastikan syor-syornya diambil tindakan oleh pihak tertentu dan
pihak berkepentingan lain supaya hak asasi manusia di Malaysia
mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip dan norma yang diterima seluruh
dunia, sebagai Negara Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
dan ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang bertanggungjawab.
Sememangnya diakui bahawa beberapa kemajuan telah berjaya dicapai,
namun rekod peningkatannya agak perlahan dan tidak konsisten,
serta memerlukan usaha yang lebih serius dan mantap oleh semua
pihak yang mahu melihat pencapaian lebih ketara dalam bidang hak
asasi manusia.
Sememangnya
diakui bahawa
beberapa
kemajuan telah
berjaya dicapai,
namun rekod
peningkatannya
agak perlahan dan
tidak konsisten,
serta memerlukan
usaha yang lebih
serius dan mantap
oleh semua pihak
yang mahu melihat
pencapaian lebih
ketara dalam
bidang hak asasi
manusia.
Seperti tahun-tahun terdahulu, 2011 kekal menjadi tahun yang
mencabar dalam mempromosikan hak asasi manusia dalam negara.
Tahun ini menyaksikan seruan yang diperbaharui dan lebih lantang
daripada organisasi masyarakat sivil (CSO) untuk mendapatkan
kebebasan perhimpunan secara aman, dan yang paling ketara
merupakan perarakan jalanan anjuran gabungan badan-badan bukan
kerajaan di bawah “Bersih 2.0”, yang menyeru kepada reformasi pilihan
raya. Gabungan dan perhimpunan tersebut diisytiharkan sebagai
haram oleh pihak berkuasa, menyebabkan berlakunya beberapa insiden
yang tidak diingini, yang memaksa Suruhanjaya menjalankan Siasatan Awam untuk menentukan
apa sebenarnya yang telah berlaku dan sama ada wujud pelanggaran hak asasi manusia sepanjang
proses tersebut berlangsung.
Ekoran perhimpunan awam ini, Kerajaan telah membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan
Aman di Parlimen, yang telah diluluskan dalam masa singkat. Walaupun Akta tersebut mengenepikan
keperluan mendapatkan permit polis sebelum mengadakan perhimpunan aman, namun syarat yang
1