ISU-ISU UTAMA
9. KEBEBASAN BERAGAMA
Merujuk kepada beberapa situasi pada tahun ini, individu yang berpegang kepada kepercayaan
Syiah telah mendakwa bahawa pihak berkuasa Negeri Selangor telah mengganggu mereka ketika
berkumpul untuk mendengar ceramah agama. Walaupun Suruhanjaya sedia maklum akan sensitiviti
isu ini, ia berpendapat bahawa hak untuk beragama adalah untuk semua, tanpa mengira perbezaan
dalam kepercayaan dan bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk menganut kepercayaan
mereka. Dalam usaha untuk menjadi pengantara mengenai isu ini daripada perspektif hak asasi
manusia, Suruhanjaya telah memulakan perbincangan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Selangor, Jabatan Kemajuan Islam dan pihak berkuasa serta tokoh-tokoh agama lain. Semasa laporan
ini ditulis perbincangan masih lagi diteruskan.
10. PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA
Operasi dan aktiviti perniagaan boleh memberikan kesan
negatif ke atas hak asasi manusia. Sebagai contoh, apabila
syarikat menceroboh ke atas tanah adat untuk menjalankan
aktiviti komersial, mereka juga boleh menyingkirkan komuniti
Orang Asal/Asal, menghadkan akses kepada sumber asli atau
mencemarkan sumber air.
Antara hak asasi manusia di tempat kerja termasuklah isu
kesihatan dan keselamatan, kebebasan untuk menubuhkan
persatuan dan kesatuan sekerja, kebebasan daripada
diskriminasi dan perlindungan daripada gangguan seksual.
Semua ini telah menimbulkan perdebatan tentang peranan
dan tanggungjawab mereka yang terlibat dalam perniagaan
untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.
‘Rangka kerja melindung,
menghormati dan remedi’
meletakkan asas-asas
tentang suatu sistem
untuk menguruskan
cabaran perniagaan dan
hak asasi manusia yang
lebih baik berdasarkan
tanggungjawab Negara
dan korporat yang berbeza
tetapi saling melengkapi
dan berkesan dalam
kes-kes pencabulan.
Profesor John Ruggie,
Wakil Khas Setiausaha Agung PBB
Oleh yang demikian, Suruhanjaya telah mula menyebarkan
tentang hak asasi manusia dan
maklumat mengenai ‘Rangka kerja melindung, menghormati perbadanan serta syarikat perniagaan lain
dan remedi’ yang mengandungi panduan mengenai
perniagaan dan hak asasi manusia yang disokong oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu bertujuan mewujudkan kesedaran untuk menghormati hak asasi manusia.
Suruhanjaya telah melibatkan komuniti perniagaan tentang peranan dan tanggungjawab mereka
dan menggesa agar mereka mengukuhkan tanggungjawab korporat sosial dengan mengintegrasikan
prinsip-prinsip hak asasi manusia dalam aktiviti mereka. Sektor ini seterusnya digalakkan untuk
20