ISU-ISU UTAMA
Suruhanjaya juga turut menggesa pihak berkuasa membebaskan semua yang ditahan di bawah ISA
dan memberikan hak mereka untuk dibicarakan secara terbuka dengan diwakili pegawai undangundang.
3. KEBEBASAN BERSUARA DAN HAK MENDAPAT
MAKLUMAT
Undang-undang sekatan seperti Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984 (PPPA) telah menyekat kebebasan bersuara.
Walau bagaimanapun, sejajar dengan perubahan landskap
sosio-politik, Kerajaan telah mengumumkan bahawa dasar
penapisan media akan dikaji semula dan berjanji untuk
meminda keperluan pelesenan di dalam PPPA.
Bagi memastikan ketelusan,
kebertanggungjawaban
dan sekatan dan
keseimbangan yang
sewajarnya, Suruhanjaya
mengulangi pendiriannya
bahawa undang-undang
yang menjejaskan tugastugas media perlu dikaji
semula dan hak untuk
mendapatkan maklumat
yang sama rata perlu
dilindungi sebagaimana
yang diperuntukkan dalam
Perkara 10 Perlembagaan
Persekutuan dan Perkara
19 UDHR.
Pindaan ini seharusnya tidak terhad kepada perkaraperkara prosedur dalam menangani pembaharuan lesen
semata-mata; ia perlu dilanjutkan kepada penarikan
sekatan ke atas kebebasan bersuara dan kajian semula
undang-undang lain seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 dan
Akta Hasutan 1948. Ini dapat membantu memastikan
agar media boleh menjalankan fungsi dan tanggungjawab
tanpa rasa takut atau memihak kepada sesiapa sekaligus
membantu dalam mengetengahkan pencabulan hak asasi
manusia dan ketidakadilan. Bagi memastikan ketelusan,
kebertanggungjawaban dan sekatan dan keseimbangan
yang sewajarnya, Suruhanjaya mengulangi pendiriannya bahawa undang-undang yang menjejaskan
tugas-tugas media perlu dikaji semula dan hak untuk mendapatkan maklumat yang sama rata perlu
dilindungi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan
Perkara 19 UDHR.
4. PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Dakwaan bahawa tiada tindakan pihak polis dalam menjalankan
siasatan, penggunaan kekerasan melampau semasa soal
siasat dan penyalahgunaan kuasa dalam prosedur reman
adalah antara aduan utama yang diterima pada tahun ini.
Suruhanjaya dengan ini mengesyorkan supaya kamera litar
tertutup dipasang di dalam setiap bilik soal siasat; setiap
tahanan diperiksa sebelum dan selepas sesi soalsiasat oleh
15