RINGKASAN EKSEKUTIF LAPORAN KUMPULAN KERJA PEMBAHARUAN UNDANGUNDANG DAN TRITI ANTARABANGSA (LRITWG) Isu-isu hak asasi manusia yang melibatkan kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan, tahanan pencegahan, hak pelarian, hukuman mati, dan hak-hak minoriti seksual menyediakan skop yang lebih luas untuk aktiviti-aktiviti Kumpulan Kerja ini. Usaha diteruskan bagi meminta Kerajaan menyertai perjanjian hak asasi manusia antarabangsa seperti Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman. Suruhanjaya juga memulakan persiapan untuk mengemukakan laporan bebas berkenaan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2012. Suruhanjaya telah dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Penasihat Kebangsaan untuk Kanakkanak, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dengan sokongan dan bantuan Majlis Peguam, Suruhanjaya bertindak sebagai peguam pemerhati dalam kes-kes berkepentingan di mahkamah, serta melibatkan Ketua Hakim Negara Malaysia terhadap peranan badan kehakiman dalam memajukan hak asasi manusia. LAPORAN KUMPULAN KERJA HAK EKONOMI, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN (ECOSOCWG) ECOSOCWG menyumbang kepada inisiatif negara dalam pencegahan pemerdagangan orang. Ia menghasilkan brosur pelbagai bahasa Anti-Pemerdagangan Orang (ATIP), sebagai amaran kepada warganegara asing tentang bahaya yang wujud serta hak-hak mangsa pemerdagangan. Sebagai ahli Majlis untuk ATIP dan Anti-Penyeludupan Migran, Malaysia, Suruhanjaya memberi pendapat mengenai perkara-perkara seperti tempat tinggal, prosedur operasi standard Majlis, dan kaji selidik pengurusan risiko. Hak-hak orang kurang upaya, Orang Asal dan wanita, dan pendekatan hak asasi manusia kepada perniagaan dan perubahan iklim ditangani melalui program dan aktiviti-aktiviti lain. 9

Select target paragraph3