PERUTUSAN PENGERUSI Walau bagaimanapun, masanya telah tiba untuk kita melihat isu-isu ini dalam konteks masa dan tanggungjawab kita sebagai anggota komuniti antarabangsa, dan untuk melaksanakan perubahan penting dalam pendekatan kita dalam menangani isu-isu berkenaan, supaya undang-undang yang ketinggalan zaman boleh diperbaharui dan diselaraskan dengan amalan negara-negara yang mendahului dalam bidang hak asasi manusia. Malaysia sentiasa dipantau oleh badan-badan hak asasi manusia antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mahukan Negara Anggota mengekalkan standard pematuhan hak asasi manusia yang tinggi. Kita tidak boleh terus mengabaikan penelitian dan komen kritikal daripada badan-badan ini, yang diterima dalam jangka masa yang tetap, memandangkan aktiviti pemantauan tersebut telah menjadi sebahagian daripada sistem antarabangsa di zaman globalisasi ini. Malah, ketika Malaysia menuju ke arah negara maju, adalah penting untuk menjalankan usaha yang serius bagi memperbaiki sistem dalaman dan untuk mematuhi sepenuhnya standard antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia. Wajar ditegaskan bahawa dalam sebuah negara berbilang kaum, kebudayaan dan agama seperti Malaysia, toleransi merupakan prasyarat penting untuk keharmonian negara, tetapi ianya haruslah dipertingkatkan untuk menuju ke arah saling memahami, menghormati dan menerima perbezaan yang wujud di kalangan kita. Oleh itu, sama seperti penerapan nilai-nilai hak asasi manusia, proses membentuk asas toleransi ke arah sikap menghormati dan dan keharmonian yang lebih baik juga harus bermula dari awal, di rumah serta di sekolah. Dalam hal ini, Suruhanjaya berbesar hati dan menyokong sepenuhnya inisiatif Perdana Menteri untuk menubuhkan Global Movement of the Moderates. Ini adalah satu langkah berani dan mulia untuk memanfaatkan sinergi masyarakat majoriti yang sederhana dan munasabah dari segi sikap dan pandangan mereka, tetapi seringkali dibayangi dan dipinggirkan oleh golongan berbeza pendirian, yang mencuba malah agak berjaya, untuk menentukan Ini boleh dicapai agenda interaksi antara negara dan penduduknya, terutama sejak melalui anjakan peristiwa tragik 11 September 2001. Untuk Malaysia memainkan paradigma – peranan utama atau pemangkin dalam gerakan global yang telah bermula dengan diramal ini, adalah amat penting untuk mempromosi kesederhanaan anggapan UDHR di dalam negara dengan mengambil langkah-langkah perlu, termasuk merupakan imposisi menggantikan undang-undang yang ketat kepada yang sederhana, bertamadun dan berperikemanusiaan, yang konsisten dengan nilai- nilai-nilai asing yang berpacukan nilai dan keperluan semasa. Anggota Suruhanjaya benar-benar percaya bahawa Malaysia, yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa atas kejayaan dan pencapaiannya dalam bidang ekonomi dan lain-lain, mampu dan perlu memperbaiki rekod hak asasi manusia dengan lebih baik agar setanding dengan negara-negara terkemuka. Suruhanjaya yakin dengan usaha yang lebih dan kehendak politik, cabaran ini dapat diatasi. Kunci kepada kemajuan selanjutnya terletak pada dorongan luaran, seperti yang sering didakwa, dan menerima prinsip-prinsip sejagat yang perlu dicapai mengikut keupayaan negara. 5

Select target paragraph3