PERUTUSAN PENGERUSI Bagi memenuhi peranannya sebagai penasihat, Suruhanjaya berharap dapat bekerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam memastikan undang-undang lapuk tersebut segera dimansuhkan, atau digantikan dengan undangundang yang selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan demokrasi sejagat. Satu lagi perkembangan yang dialu-alukan adalah maklum balas positif Kerajaan terhadap cadangan Suruhanjaya untuk membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP), sebagai mekanisme dan hala tuju untuk promosi dan perlindungan hak asasi manusia yang lebih efektif dan sistematik, yang akan dipantau dan diaudit seperti pelan pembangunan nasional. Suruhanjaya berharap dapat bekerjasama dengan Kerajaan dan pihak berkepentingan lain dalam melengkapkan NHRAP yang telah sekian lama ditunggu ini, dan memantau secara bebas pelaksanaan pelan tindakan tersebut. Bagi memenuhi peranannya sebagai penasihat, Suruhanjaya berharap dapat bekerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam memastikan undang-undang lapuk tersebut segera dimansuhkan, atau digantikan dengan undang-undang yang selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan demokrasi sejagat. Perlu diingat bahawa Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya bagi membantu negara mempromosi hak asasi manusia dengan memantau pelanggaran hak-hak ini di mana sahaja ia berlaku, dan menasihati Kerajaan dalam menambahbaik undang-undang, peraturan dan amalan. Suruhanjaya tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan atau eksekutif dan, dalam menjalankan tugasnya sebagai ‘pemantau’, ia perlu memberi komen kritikal tentang dasar dan amalan tertentu oleh agensi-agensi kerajaan serta pihak lain. Untuk meningkatkan rekod hak asasi manusia negara, Suruhanjaya menyuarakan perkara yang dilihat tidak mematuhi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Suruhanjaya menganggap bahawa bidang tugasnya merupakan satu aspek penting dalam perkhidmatan awam, akan terus komited menjalankan tugas, walaupun dikritik pihak tertentu yang gagal atau enggan memahami tujuan penubuhannya. Suruhanjaya telah meneruskan, dan mendapat manfaat daripada program-program dialog dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk jabatan dan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan badan-badan penguatkuasaan lain, NGO, ahli akademik dan media. Program-program dan aktiviti ini penting bukan sahaja dalam mewujudkan kesedaran dan mempromosi pemahaman hak asasi manusia, tetapi juga bagi mendapatkan maklum balas penting daripada interlokutor Suruhanjaya. Program-program ini akan diteruskan dengan lebih aktif pada masa hadapan, dengan memberi penekanan khusus kepada peranan utama penggubal dasar dan undang-undang serta pengaruh mereka ke atas hala tuju negara dalam bidang hak asasi manusia. Dalam hal ini, Suruhanjaya mengharapkan penglibatan yang lebih aktif daripada ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk memupuk minat mendalam terhadap isu-isu hak asasi manusia, dan menggalakkan mereka menubuhkan mekanisme atau forum yang sesuai untuk perbincangan, seperti Jawatankuasa Pemilihan Parlimen, dan jawatankuasa yang seumpama Dewan Undangan Negeri. Tambahan pula, hak asasi manusia merupakan subjek yang luas yang mempengaruhi manusia tanpa mengira batas usia. 3

Select target paragraph3