BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG) juga turut menyebabkan kepada kesesakan di dalam kenderaan tersebut. Mereka yang terlibat adalah pelajar-pelajar dari SK Satak, Raub di Pahang, SK Batu 7 dan SK Batu 14, Batang Padang di Perak, dan SK Pos Brooke di Gua Musang, Kelantan. Agensi-agensi yang berkenaan seharusnya mengkaji keadaan jalan raya, contohnya laluan yang digunakan untuk ke SK Pos Musuh di Perak, SK Bihai dan SK Tohoi di Gua Musang, Kelantan, dan SK Kg Peta dan SK Kudung di Johor. Jalan-jalan ini tidak diselenggara dengan sempurna dan keselamatan komuniti sekolah telah diabaikan. (ii) Hak kepada air yang bersih Kementerian Pelajaran telah melancarkan projek ‘Bekalan Air Bersih’ yang merangkumi semua sekolah luar bandar pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya berpendapat bahawa sesetengah sekolah masih bergantung kepada air daripada sumber semula jadi yang tidak dirawat. Antaranya ialah SK Pos Betau di Kuala Lipis, Pahang dan asrama SK Bidor di Bidor, Perak. Suruhanjaya telah dua kali memaklumkan kepada Kementerian Pelajaran secara bertulis tentang masalah tersebut tetapi tiada sebarang jawapan yang diberikan sehingga kini. Dalam Maklum Balas daripada Kementerian dan Agensi Kerajaan Terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya 2010, ia telah menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran telah dimaklumkan berkenaan hal tersebut dan akan menaik taraf sistem perairan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walaupun mengalu-alukan langkah itu, namun Suruhanjaya tetap ingin menekankan bahawa menikmati air bersih adalah hak asasi manusia. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran haruslah mempercepatkan proses peningkatan sistem perairan tersebut. Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa bekalan air yang tidak mencukupi telah menyebabkan ketidakhadiran pelajar-pelajar ke sekolah. Selain itu, penggunaan air yang tidak dirawat telah Bekalan air di rumah guru di sekolah Orang Asli juga keruh 26

Select target paragraph3