BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG)
Pada tahun 2011, program tersebut telah diperluaskan lagi kepada 12 buah sekolah iaitu:
-
SMK Kuala Krau, Temerloh, Pahang
-
SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands, Pahang
-
SMK Muhibbah, Sungai Siput, Perak
-
SMK Ulu Kinta, Kinta, Perak
-
SJKT Thiruvalluvar, Alor Setar, Kedah
-
SK Ulu Geruntum, Gopeng, Perak
-
SK Kg Kenang, Sungai Siput, Perak
-
SK Penderas, Temerloh, Pahang
-
SK Betau, Kuala Lipis, Pahang
-
SJKC Sin Ming, Petaling, Selangor
-
SJKC Chio Chiao, Salak, Selangor
-
SJKT Sepang, Sepang, Selangor
Pada 19 hingga 21 April dan 20 hingga 22 Jun, Suruhanjaya telah mengadakan beberapa buah
bengkel bagi memberi pendedahan kepada sekolah-sekolah terlibat mengenai prinsip dan konsep
asas hak asasi manusia. Sekolah-sekolah berkenaan telah diwakili oleh pengetua dan guru-guru,
serta pegawai dari Pejabat Pelajaran Negeri. Suruhanjaya juga turut melawat sekolah-sekolah
tersebut bagi memberi bimbingan dan khidmat nasihat dalam merancang aktiviti.
Sementara itu, lima buah sekolah di bawah projek perintis ini telah meningkatkan pelaksanaan
aktiviti selaras dengan objektif ATHAM. Sekolah-sekolah tersebut telah mengambil kira
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
(CRC) dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta aspek-aspek yang melibatkan pengurusan
sekolah. Sebagai contoh, terdapat penyertaan aktif dalam kalangan pelajar dalam memilih
pemimpin serta mereka turut diberikan ruang untuk menyuarakan kebimbangan mereka
melalui program Peti Suara Hati. Walaupun Suruhanjaya melihat ini sebagai satu langkah ke
arah perubahan, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Usaha perlu digandakan untuk
menjadikan hak asasi manusia sebagai satu cara hidup dalam persekitaran sekolah.
(ii)
24
Kajian Formatif oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Bagi menilai keberkesanan pelaksanaan ATHAM, Suruhanjaya telah melantik satu pasukan
penyelidik dari UPSI untuk menjalankan kajian ke atas projek perintis tersebut. Secara amnya,
kajian itu mendapati bahawa projek ini telah memberi manfaat kepada sekolah-sekolah
berkenaan sekaligus mencadangkan bahawa Suruhanjaya mengekalkan program dan objektif
program tersebut.