BAB 1
BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG)
LAPORAN KUMPULAN KERJA
PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG)
Pendidikan merupakan hak asasi manusia yang amat besar pengaruhnya untuk melakukan
perubahan. Padanya, terdapat asas-asas kebebasan, demokrasi dan pembangunan kemanusiaan
yang berterusan.
Kofi Annan
Suruhanjaya bersetuju dengan kenyataan bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, Kofi Annan, bahawa pendidikan adalah suatu yang amat penting dalam membangunkan
sebuah budaya hak asasi manusia di mana hak setiap insan difahami dan dihormati, seterusnya akan
memartabatkan maruah masing-masing.
Sehubungan itu, program-program bercorak pendidikan telah dijalankan sepanjang tahun sebagai
usaha memperkasakan masyarakat dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Kumpulan
Kerja Pendidikan dan Promosi (EWG) telah meluaskan jangkauannya kepada kumpulan sasaran
yang baru, merangkumi golongan artis dan pihak berkuasa tempatan. Satu lagi kemajuan adalah
penambahan 12 buah sekolah rendah dan sekolah menengah yang terlibat dalam program Amalan
Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM) daripada hanya lima buah sekolah pada awalnya.
Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, EWG terus mempromosi hak asasi manusia di institusi pengajian
tinggi, kepada golongan kurang upaya, remaja, Orang Asal/Asli dan agensi penguatkuasaan.
1. HAK KEPADA PENDIDIKAN
(a) Program di Sekolah-sekolah
Program ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dan meningkatkan pelaksanaan program
tersebut.
(i)
Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM)
Suruhanjaya mempelopori program ini pada tahun 2009 dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran bagi memupuk kesedaran hak asasi manusia di sekolah-sekolah. Lima buah sekolah
telah dipilih bagi projek perintis, iaitu SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak, SMK Taman
Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, SMK Munshi Abdullah, Batu
Berendam, Melaka dan SMK Datuk Mansor, Bahau, Negeri Sembilan.
23