ISU-ISU UTAMA 9. KEBEBASAN BERAGAMA Merujuk kepada beberapa situasi pada tahun ini, individu yang berpegang kepada kepercayaan Syiah telah mendakwa bahawa pihak berkuasa Negeri Selangor telah mengganggu mereka ketika berkumpul untuk mendengar ceramah agama. Walaupun Suruhanjaya sedia maklum akan sensitiviti isu ini, ia berpendapat bahawa hak untuk beragama adalah untuk semua, tanpa mengira perbezaan dalam kepercayaan dan bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk menganut kepercayaan mereka. Dalam usaha untuk menjadi pengantara mengenai isu ini daripada perspektif hak asasi manusia, Suruhanjaya telah memulakan perbincangan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Jabatan Kemajuan Islam dan pihak berkuasa serta tokoh-tokoh agama lain. Semasa laporan ini ditulis perbincangan masih lagi diteruskan. 10. PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA Operasi dan aktiviti perniagaan boleh memberikan kesan negatif ke atas hak asasi manusia. Sebagai contoh, apabila syarikat menceroboh ke atas tanah adat untuk menjalankan aktiviti komersial, mereka juga boleh menyingkirkan komuniti Orang Asal/Asal, menghadkan akses kepada sumber asli atau mencemarkan sumber air. Antara hak asasi manusia di tempat kerja termasuklah isu kesihatan dan keselamatan, kebebasan untuk menubuhkan persatuan dan kesatuan sekerja, kebebasan daripada diskriminasi dan perlindungan daripada gangguan seksual. Semua ini telah menimbulkan perdebatan tentang peranan dan tanggungjawab mereka yang terlibat dalam perniagaan untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. ‘Rangka kerja melindung, menghormati dan remedi’ meletakkan asas-asas tentang suatu sistem untuk menguruskan cabaran perniagaan dan hak asasi manusia yang lebih baik berdasarkan tanggungjawab Negara dan korporat yang berbeza tetapi saling melengkapi dan berkesan dalam kes-kes pencabulan. Profesor John Ruggie, Wakil Khas Setiausaha Agung PBB Oleh yang demikian, Suruhanjaya telah mula menyebarkan tentang hak asasi manusia dan maklumat mengenai ‘Rangka kerja melindung, menghormati perbadanan serta syarikat perniagaan lain dan remedi’ yang mengandungi panduan mengenai perniagaan dan hak asasi manusia yang disokong oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu bertujuan mewujudkan kesedaran untuk menghormati hak asasi manusia. Suruhanjaya telah melibatkan komuniti perniagaan tentang peranan dan tanggungjawab mereka dan menggesa agar mereka mengukuhkan tanggungjawab korporat sosial dengan mengintegrasikan prinsip-prinsip hak asasi manusia dalam aktiviti mereka. Sektor ini seterusnya digalakkan untuk 20

Select target paragraph3