ISU-ISU UTAMA Suruhanjaya juga turut menggesa pihak berkuasa membebaskan semua yang ditahan di bawah ISA dan memberikan hak mereka untuk dibicarakan secara terbuka dengan diwakili pegawai undangundang. 3. KEBEBASAN BERSUARA DAN HAK MENDAPAT MAKLUMAT Undang-undang sekatan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) telah menyekat kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, sejajar dengan perubahan landskap sosio-politik, Kerajaan telah mengumumkan bahawa dasar penapisan media akan dikaji semula dan berjanji untuk meminda keperluan pelesenan di dalam PPPA. Bagi memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan sekatan dan keseimbangan yang sewajarnya, Suruhanjaya mengulangi pendiriannya bahawa undang-undang yang menjejaskan tugastugas media perlu dikaji semula dan hak untuk mendapatkan maklumat yang sama rata perlu dilindungi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 19 UDHR. Pindaan ini seharusnya tidak terhad kepada perkaraperkara prosedur dalam menangani pembaharuan lesen semata-mata; ia perlu dilanjutkan kepada penarikan sekatan ke atas kebebasan bersuara dan kajian semula undang-undang lain seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1948. Ini dapat membantu memastikan agar media boleh menjalankan fungsi dan tanggungjawab tanpa rasa takut atau memihak kepada sesiapa sekaligus membantu dalam mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia dan ketidakadilan. Bagi memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan sekatan dan keseimbangan yang sewajarnya, Suruhanjaya mengulangi pendiriannya bahawa undang-undang yang menjejaskan tugas-tugas media perlu dikaji semula dan hak untuk mendapatkan maklumat yang sama rata perlu dilindungi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 19 UDHR. 4. PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Dakwaan bahawa tiada tindakan pihak polis dalam menjalankan siasatan, penggunaan kekerasan melampau semasa soal siasat dan penyalahgunaan kuasa dalam prosedur reman adalah antara aduan utama yang diterima pada tahun ini. Suruhanjaya dengan ini mengesyorkan supaya kamera litar tertutup dipasang di dalam setiap bilik soal siasat; setiap tahanan diperiksa sebelum dan selepas sesi soalsiasat oleh 15

Select target paragraph3