ISU-ISU UTAMA
Sementara itu, Suruhanjaya menyeru agar pihak polis membantu pelaksanaan hak untuk berhimpun
secara teratur dan aman. Pada masa yang sama, Suruhanjaya menggesa semua pihak supaya
melaksanakan hak mereka dengan penuh tanggungjawab dalam memastikan keamanan dan
keselamatan semua pihak yang terlibat terutamanya hak orang lain yang terjejas secara tidak langsung
juga perlu dihormati dan dilindungi.
2. KAJIAN SEMULA UNDANG-UNDANG PENAHANAN
PENCEGAHAN
Sejajar dengan saranannya yang terdahulu agar semua undangundang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya
mengalu-alukan keputusan Kerajaan untuk membatalkan
Proklamasi Darurat yang sedia ada, dan memansuhkan Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Buang Negeri
1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933. Dengan ini dapat
mempertingkatkan lagi perlindungan dan promosi hak asasi
manusia.
Sementara Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman
Terhad 1933 dimansuhkan seperti yang dijanjikan, Suruhanjaya
mengambil berat ke atas dua perkembangan berikutnya; pertama,
penahanan 13 orang yang disyaki militan di bawah ISA; kedua,
kenyataan de facto Menteri Undang-undang bahawa undangundang menggantikan ISA masih membolehkan penahanan tanpa
bicara, walaupun untuk tempoh yang singkat. Perkembangan ini
mendapat kritikan pelbagai pihak termasuklah daripada Badan
Pemerhati Hak Asasi Manusia, yang telah menggesa Kerajaan
“menunjukkan niat untuk menamatkan penahanan yang
menyalahi undang-undang dan segera membatalkan undangundang yang tidak adil dan membebas atau mendakwa secara
adil mereka yang berada di bawah tahanan pencegahan”.
Badan Pemerhati Hak
Asasi Manusia telah
menggesa Kerajaan
supaya ‘menunjukkan
niat untuk menamatkan
penahanan yang
menyalahi undangundang dan segera
membatalkan undangundang yang tidak adil
dan membebas atau
mendakwa mereka
yang ditahan dalam
tahanan pencegahan‘
Suruhanjaya menyedari bahawa pihak berkuasa mempunyai
tanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan awam dan negara. Walau bagaimanapun, ia
tidak seharusnya menggunakan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara.
Suruhanjaya menggesa Kerajaan supaya memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada syor-syor
dalam laporan berkenaan Kajian Semula Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Pendirian tegas
harus diambil ke atas ancaman kepada keselamatan awam dan negara tanpa menjejaskan prinsip
hak asasi manusia.
14