ISU-ISU UTAMA
ISU-ISU UTAMA
Setiap orang dilahirkan bebas dan sama rata dari segi kemuliaan dan hak.
Perkara 1, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
Sepanjang tahun ini kedengaran seruan mendesak
untuk reformasi hak asasi manusia daripada pelbagai
peringkat masyarakat sivil dalam mahupun luar negara.
Sehari sebelum Hari Malaysia, Perdana Menteri telah
menyatakan komitmen untuk memansuh atau meminda
undang-undang tertentu yang dianggap menindas hak
asasi manusia.
Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan dan individu
yang terus-menerus membawa isu-isu hak asasi manusia
kepada perhatian Kerajaan secara persendirian dan
melalui Suruhanjaya.
...saya ingin tegaskan
bahawa tanpa syak dan raguragu lagi, Malaysia yang
kita impikan bersama dan
sedang kita cipta ini adalah
Malaysia yang mengamalkan
demokrasi berfungsi
dan inklusif yang mana
keamanan dan ketenteraman
awam dipelihara selaras
dengan kedaulatan
Perlembagaan, undangundang, penghormatan
kepada hak asasi manusia
dan hak-hak individu.
Antara isu-isu yang telah menarik perhatian media
antarabangsa dan media sosial termasuklah yang
melibatkan kebebasan berhimpun, penahanan
pencegahan, kebebasan bersuara, kebebasan beragama YAB Dato’ Sri Najib Abdul Razak,
dan hak-hak kumpulan rentan.
Perdana Menteri Malaysia,
dalam perutusan khas sempena
Hari Malaysia 2011
1. KEBEBASAN BERHIMPUN
Kebebasan asasi untuk berhimpun secara aman dan menyatakan kebimbangan dan pendapat
merupakan elemen penting demokrasi yang dijamin oleh Perkara 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan
dan seperti yang termaktub dalam Perkara 20 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Suruhanjaya mengalu-alukan pemansuhan Seksyen 27, 27A dan 27B Akta Polis 1967 dan enakmen
Akta Perhimpunan Aman 2011, yang perlu untuk mendapatkan kebenaran polis untuk mengadakan
perhimpunan awam. Walau bagaimanapun, peruntukan baru sekarang memberi kuasa budi bicara
kepada polis untuk mengenakan syarat-syarat yang berpotensi menjejaskan hak orang ramai untuk
menganjur atau menyertai perhimpunan aman.
Semasa pelulusan draf undang-undang melalui Parlimen, pindaan telah dibuat dengan mengambil
kira tempoh pemberitahuan untuk menganjurkan perhimpunan. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya
menggesa Kerajaan mengkaji semula akta tersebut melalui rundingan awam untuk memastikan
peruntukannya mematuhi prinsip hak asasi manusia yang menjamin kebebasan berhimpun.
13