RINGKASAN EKSEKUTIF
LAPORAN JAWATANKUASA ISU DAN KERJASAMA
ANTARABANGSA (IICC)
Suruhanjaya menyokong strategi dan usaha kumpulan antarabangsa dan serantau. Ini termasuk
Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa untuk Institusi Hak Asasi Manusia Nasional PBB bagi Promosi
dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC). Suruhanjaya telah terlibat dalam pembangunan Pelan
Tindakan ICC bagi tempoh dari bulan November 2011 hingga Mac 2013.
Pada Mesyuarat Tahunan ke-16 Forum Asia Pasifik (APF) Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (NHRI)
pada bulan September, Suruhanjaya dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional Jordan dipilih
semula oleh Ahli Majlis Forum APF untuk meneruskan peranan mereka sebagai wakil kepada Biro
ICC dari Mac 2012-2014. Suruhanjaya mengambil bahagian dalam persidangan APF mengenai
‘Perniagaan dan Hak Asasi Manusia’ pada bulan Oktober, dengan membentangkan rancangannya
untuk menggubal satu dasar yang akan dikemukakan untuk pertimbangan Kerajaan.
Suruhanjaya telah menyerahkan Laporan Interim Penilaian Penggalan Sejagat Majlis Hak Asasi
Manusia pada bulan Ogos, serta mengambil bahagian dalam Sesi Tetap ke-18 dalam kapasitinya
sebagai NHRI berstatus ‘A’.
Forum Institusi Hak Asasi Manusia Nasional Asia Tenggara telah melantik Suruhanjaya sebagai institusi
utama dalam projek bersama mengenai hak-hak Orang Asal. Suruhanjaya telah menyediakan satu
kertas konsep mengenai subjek ini.
Di dalam negara, Suruhanjaya telah bermesyuarat dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang
Jabatan Perdana Menteri pada bulan Mac bagi membincangkan mengenai penggubalan Pelan
Tindakan Hak Asasi Manusia.
LAPORAN JAWATANKUASA HAK ORANG ASAL/ASLI (IPRC)
Empat aktiviti utama telah dijalankan untuk mempromosi hak Orang Asal/Asli, termasuk seminar
mengenai hak Orang Asal/Asli dalam penglibatan membuat keputusan, bengkel mengenai sistem
perundangan Orang Asal/Asli dan forum mengenai pembangunan ekonomi orang Asal/Asli serta
forum pendidikan Orang Asal/Asli.
IPRC turut membantu di awal penubuhan Inkuiri Nasional Suruhanjaya mengenai Hak Tanah Orang
Asal/Asli di Malaysia, dan memantau perkembangan usaha Kerajaan untuk meminda Akta Orang
Asli 1954.
10