RINGKASAN EKSEKUTIF
LAPORAN KUMPULAN KERJA PEMBAHARUAN UNDANGUNDANG DAN TRITI ANTARABANGSA (LRITWG)
Isu-isu hak asasi manusia yang melibatkan kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan, tahanan
pencegahan, hak pelarian, hukuman mati, dan hak-hak minoriti seksual menyediakan skop yang
lebih luas untuk aktiviti-aktiviti Kumpulan Kerja ini.
Usaha diteruskan bagi meminta Kerajaan menyertai perjanjian hak asasi manusia antarabangsa seperti
Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau
Menjatuhkan Maruah dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman.
Suruhanjaya juga memulakan persiapan untuk mengemukakan laporan bebas berkenaan Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap
Wanita kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2012.
Suruhanjaya telah dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Penasihat Kebangsaan untuk Kanakkanak, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dengan sokongan
dan bantuan Majlis Peguam, Suruhanjaya bertindak sebagai peguam pemerhati dalam kes-kes
berkepentingan di mahkamah, serta melibatkan Ketua Hakim Negara Malaysia terhadap peranan
badan kehakiman dalam memajukan hak asasi manusia.
LAPORAN KUMPULAN KERJA HAK EKONOMI, SOSIAL
DAN KEBUDAYAAN (ECOSOCWG)
ECOSOCWG menyumbang kepada inisiatif negara dalam pencegahan pemerdagangan orang. Ia
menghasilkan brosur pelbagai bahasa Anti-Pemerdagangan Orang (ATIP), sebagai amaran kepada
warganegara asing tentang bahaya yang wujud serta hak-hak mangsa pemerdagangan. Sebagai ahli
Majlis untuk ATIP dan Anti-Penyeludupan Migran, Malaysia, Suruhanjaya memberi pendapat mengenai
perkara-perkara seperti tempat tinggal, prosedur operasi standard Majlis, dan kaji selidik pengurusan risiko.
Hak-hak orang kurang upaya, Orang Asal dan wanita, dan pendekatan hak asasi manusia kepada
perniagaan dan perubahan iklim ditangani melalui program dan aktiviti-aktiviti lain.
9