dan ahli panel telah diterima baik oleh JAKESS dan adalah diharapkan supaya kerjasama dan hubungan baik di antara Suruhanjaya dan JAKESS dalam mempromosi dan memberi pendidikan hak asasi manusia, selaras dengan prinsip-prinsip Syariah, dapat diteruskan. (ii) Pada 8 April 2016, Suruhanjaya telah mengajurkan satu bengkel pengenalan kepada insturmen hak asasi manusia antarabangsa iaitu Deklarasi Kaherah, UDHR, CEDAW, dan CRC kepada ahli-ahli PGSM sebagai persediaan untuk mereka mewakili Suruhanjaya di Mahkamah Syariah. Bengkel ini telah disertai oleh 27 orang ahli PGSM. Bengkel ini telah dirasmikan oleh mantan Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Hasmy Agam. Tan Sri Hasmy Agam menyangkal tanggapan oleh segelintir peguam Syarie yang menyatakan bahawa hak asasi manusia adalah agenda Barat dan tidak selari dengan ajaran Islam. Beliau kemudian menegaskan bahawa hak asasi manusia boleh diserasikan dengan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam AlQuran dan Hadis, dan sebagai pegawai mahkamah, peguam Syarie perlu bertindak sebagai saluran untuk membetulkan salah faham ini dan mendidik pengamal undang-undang Syarie berkenaan keserasian hak asasi manusia dan Islam. Bengkel ini dibahagikan kepada tiga sesi. Prof Dato’ Dr Aishah Bidin memulakan sesi pengenalan berkaitan Suruhanjaya dan memberi penerangan berkenaan UDHR dan Deklarasi Kaherah, manakala Prof Dr Najibah Mohd Zain dari UIAM pula mengendalikan sesi berkenaan CEDAW dan CRC. Peguam-peguam Syarie berbincang bersama penceramah mengenai pelbagai perkara dari isu yang lazim seperti hak penjagaan anak dan perceraian kepada perkara-perkara yang lebih kontroversi seperti keluar dari Islam (murtad). Suruhanjaya berpendapat walaupun terdapat ramai pengamal Syarie yang masih konservatif dan enggan menangani isu-isu yang provokatif, masih terdapat beberapa peguam Syarie yang bersedia untuk berhadapan dengan isu-isu kontroversi. Suruhanjaya melihat perkara ini sebagai perkembangan yang sihat, di mana peguam Syarie terbuka kepada perbincangan, kerana agama Islam itu sendiri menggalakkan umatnya untuk menimba ilmu dan menerima kepelbagaian pendapat. BAB 1 Bengkel bersama Peguam Syarie berkenaan Instrumen Antarabangsa Hak Asasi Manusia LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 49 suhakam BM.indd 49 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3