pihak media menjalankan tugas mereka dalam menyampaikan
dan melaporkan isu-isu ini secara bijak dan bukan secara sensasi
kerana ia akan mempengaruhi tanggapan masyarakat;
iv) Dicadangkan supaya Kerajaan mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi menambahbaik dan memperkasakan
Mahkamah Syariah. Penambahbaikan ini hendaklah meliputi
semua aspek termasuk bidang kuasa, tenaga kerja, serta
kemudahan-kemudahan;
v) Berhubung isu perwarisan harta, dinyatakan oleh para peserta
bahawa perundangan Islam (faraid) adalah penyelesaian
terbaik. Namun, realitinya, pelaksanaan faraid tidak dilakukan
mengikut ajaran Islam yang sepatutnya dan telah membawa
kepada diskriminasi terhadap wanita;
vi) Berkaitan isu poligami, dicadangkan supaya Kerajaan
menubuhkan satu mekanisme yang berkesan bagi memastikan
dan menjamin hak para isteri dan anak-anak dilindungi di dalam
kes di mana suami mengamalkan poligami;
vii) Disyorkan bahawa semua pihak yang berkaitan mempertimbang
dan menyemak semula seluruh aspek undang-undang termasuk
prosedur, sistem sokongan, serta sumber kepakaran dalam
memastikan semua hak dapat dinikmati secara sama rata oleh
setiap pihak;
viii) Berhubung dengan hak kepada pendidikan, hak ini tidak
terhad kepada pembangunan sekolah atau penempatan
sekolah di hospital dan penjara; ia merangkumi aspek yang luas
terutamanya akses kepada sekolah. Sekolah hendaklah dibina
dengan kemudahan yang mesra OKU;
ix) Sebagai respon kepada isu konflik di antara Akta Kanak-kanak
2001 dan Enakmen Negeri-negeri, dinyatakan bahawa pindaan
serta penyesuaian boleh dilakukan. Enakmen Negeri-negeri boleh
menerima pakai mana-mana peruntukan yang berkaitan di dalam
Akta Kanak-kanak yang akan mengukuhkan penguatkuasaan
Enakmen-enakmen tersebut; dan
x) Berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah
yang bertindan, jika tiada peruntukan jelas berkenaan manamana perkara yang sepatutnya di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah; perkara tersebut boleh dibawa ke hadapan
Mahkamah Sivil. Contohnya, kes-kes yang melibatkan anak tidak
sah taraf boleh dibawa ke hadapan Mahkamah Sivil.
BAB 1
Suruhanjaya mendapati bahawa perkongsian pandangan,
pendapat, serta pengetahuan di antara para peserta, penganjur,
48 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 48
4/21/17 12:07 PM