Objektif bengkel ini adalah seperti berikut: i) Untuk memberi pendedahan serta penjelasan lanjut berhubung prinsip-prinsip dan standard yang termaktub di dalam triti-triti antarabangsa (UDHR, Deklarasi Kaherah, CEDAW, dan CRC) kepada para peserta; BAB 1 ii) Untuk mempertingkatkan kesedaran para hakim dan pegawai sulh Selangor berhubung hak wanita dan kanak-kanak sepertimana yang terkandung di dalam triti-triti antarabangsa (UDHR, Deklarasi Kaherah, CEDAW, dan CRC) supaya ia boleh disesuaikan dan digunakan sebagai rujukan dalam menyelesaikan kes-kes Syariah; dan iii) Untuk menyediakan satu platform yang terbuka kepada para peserta bagi membincangkan secara mendalam serta berkongsi pendapat mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam triti-triti antarabangsa (UDHR, Deklarasi Kaherah, CEDAW dan CRC) serta hubungkaitnya dengan kes-kes di Mahkamah Syariah. Sepanjang bengkel tersebut, beberapa isu telah dibangkitkan termasuk seperti berikut: i) ii) Para peserta mengambil maklum akan pengenalan mahkamah bergerak. Mereka juga diberitahu bahawa mahkamah bergerak digunakan untuk Orang Asli di Selangor dalam membantu mereka memohon kebenaran untuk berkahwin serta memohon kebenaran daripada wali Raja20 bagi individu yang telah memeluk Islam atau lahir di luar perkahwinan. Dicadangkan supaya kaedah ini dipanjangkan kepada penjara bagi membantu kes-kes seperti banduan wanita yang ditinggalkan oleh suami mereka; iii) Berhubung dengan publisiti negatif akibat daripada paparan yang negatif oleh pihak media berkenaan Mahkamah Syariah, misalnya dalam menjatuhkan hukuman kepada wanita atas kesalahan menghina mahkamah, para peserta mengesyorkan supaya Para peserta ingin tahu mengenai jumlah aduan yang diterima oleh Suruhanjaya yang berkaitan dengan hal-hal Syariah dan yang melibatkan Mahkamah Syariah. Mereka telah dimaklumkan bahawa peratusan aduan yang melibatkan Mahkamah Syariah masih rendah. Antara aduan yang diterima oleh Suruhanjaya adalah mengenai isu-isu pertukaran agama dan hak penjagaan anak; 20 Seksyen 2(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 mendefinisi ‘wali Raja’ sebagai seorang ‘wali’ yang ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dalam hal Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak, atau oleh Raja, dalam hal sesuatu Negeri lain, untuk mengahwinkan perempuan tidak mempunyai wali dari nasab. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 47 suhakam BM.indd 47 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3