(b) Mahkamah Syariah (i) Sejak tahun 2014, Suruhanjaya komited dalam meluaskan usahanya untuk melaksanakan “watching brief” dalam kes-kes yang melibatkan pelanggaran hak asasi manusia di Mahkamah Syariah, dan bagi tujuan itu, Suruhanjaya telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama JAKESS, JKSM, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) sepanjang tahun 2015. BAB 1 Bengkel bersama Hakim Syariah Selangor berkenaan Instrumen Hak Asasi Manusia Antarabangsa Bengkel yang diadakan untuk Pegawai Sulh Mahkamah Syariah Selangor Lanjutan daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut, pada bulan April 2016, Suruhanjaya telah mengendalikan satu bengkel pengenalan berkenaan triti hak asasi manusia antarabangsa khususnya UDHR, CRC, CEDAW, dan Deklarasi Kaherah untuk Hakim-hakim dan Pegawai Sulh Mahkamah Syariah Selangor di UKM. Suruhanjaya telah menjemput tiga orang pakar bagi memberikan maklumat serta berkongsi pengalaman berhubung isu-isu yang melibatkan kanak-kanak dan wanita. Mereka adalah Prof Datin Dr Raihanah Hj Abdullah, Pensyarah Kanan Undangundang dan Syariah di Universiti Malaya (UM); Prof Dr Najibah Mohd Zain, Pensyarah Kanan Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Antarabangsa) UKM. Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM dan YAA Dato’ Dr Hj Mohd Na’im Hj Mokhtar, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor. 46 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 46 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3