BAB 1 penubuhannya19 dan dengan sokongan daripada badan Kehakiman, telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan “watching brief” di dalam prosiding mahkamah yang melibatkan isu-isu hak asasi manusia. Suruhanjaya akan mengemukakan prinsip-prinsip dan standard yang berkaitan sepertimana yang terkandung di bawah triti antarabangsa, dan akan menggariskan obligasi Negara di bawah dokumen serta triti hak asasi manusia antarabangsa untuk rujukan Mahkamah. Bagi tahun 2016, Suruhanjaya telah menjalankan “watching brief” di Mahkamah Kanakkanak, Mahkamah Koroner, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi di dalam kes-kes berikut: i) Pendakwa Raya lwn Lena Hendry: mengenai kebebasan meluahkan pendapat; ii) Pendakwa Raya lwn Azmi Sharom: mengenai kebebasan meluahkan pendapat dan bersuara; iii) Shashikumar A/L Selvam: mengenai kematian dalam tahanan; iv) Rosliza binti Ibrahim lwn State Government of Selangor: mengenai kebebasan beragama; v) Yayasan Chow Kit lwn Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat: mengenai permohonan bagi hak penjagaan yang sah bagi kanak-kanak yang tiada kerakyatan; dan vi) Pendakwa Raya lwn Janine Lasimbang: mengenai kebebasan berhimpun secara aman. Bagi tujuan “watching brief” tersebut, Suruhanjaya telah diwakili oleh beberapa peguam dari Majlis Peguam Malaysia iaitu Puan Sharifah Norafisah Syaid Abas Al-Juffrie, Encik Mansoor Saat dan Encik George John. Perwakilan ini telah dibuat secara pro bono. Sepanjang “watching brief” yang dilakukan oleh Suruhanjaya, dapat diperhatikan bahawa penyertaan Suruhanjaya diterima baik oleh pihak Mahkamah. Suruhanjaya ingin merakamkan penghargaannya atas keizinan yang telah diberikan dan berharap agar amalan ini dapat diteruskan kerana ia amat bermanfaat demi perlindungan serta pembangunan hak asasi manusia di Malaysia. Suruhanjaya berharap untuk meluaskan penglibatannya dan memainkan peranan yang lebih aktif di dalam kes-kes mahkamah dalam kapasiti sebagai rakan kepada Mahkamah (amicus curiae). Inisiatif ini masih sedang dikaji dan Suruhanjaya berharap untuk melaksanakannya pada tahun 2017. 19 Seksyen 4(2) Akta SUHAKAM menyatakan bahawa “bagi maksud melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana atau kesemua kuasa yang berikut: f. untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 45 suhakam BM.indd 45 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3