BAB 1
politik, sosial, kebudayaan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, rakyat
Malaysia masih terpecah dan identiti kaum masih berakar umbi di sebalik
keharmonian kaum di Malaysia. Perpecahan ini dianggap berpunca dari
undang-undang dan dasar yang diamalkan oleh Kerajaan, dan oleh itu
Kerajaan perlu diyakinkan untuk menggubal dan melaksanakan undangundang dan dasar yang selaras dengan ICERD.
Suruhanjaya dengan kerjasama Pusat KOMAS telah mengadakan PMB dan
bengkel mengenai ICERD bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak
Berkuasa Tempatan Sarawak sebagai satu langkah untuk mewujudkan
rasa peka pegawai Kerajaan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan
ICERD. Objektif PMB ini adalah untuk mengurangkan perbezaan pendapat
di antara pihak-pihak berkepentingan dan untuk membincangkan
dengan lebih lanjut mengenai agenda dan dasar antidiskriminasi Kerajaan
tempatan. Bengkel untuk pegawai Kerajaan tempatan tersebut telah
dirangka khusus untuk mewujudkan kesedaran mengenai hak-hak asasi
manusia dan standard antidiskriminasi seperti yang terkandung di dalam
ICERD.
Sarawak dilihat sebagai contoh yang baik kerana penduduknya yang
terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dapat hidup secara harmoni.
Suruhanjaya mendapati bahawa satu ciri unik yang menyumbang kepada
hubungan yang sihat di kalangan rakyat Sarawak adalah penerimaan
serta sikap saling menghormati antara rakyatnya terhadap kepercayaan
dan hak masing-masing, dan bukan sekadar sikap toleransi terhadap
kewujudan kumpulan etnik lain. Ciri asas ini membolehkan rakyat Sarawak
untuk mendokong konsep antidiskriminasi dan membolehkan 27 kumpulan
etnik utama hidup secara aman bersama-sama18.
2.
PERANAN SURUHANJAYA DI MAHKAMAH
(a) Mahkamah Sivil
Dalam sistem perundangan yang ideal, pengiktirafan prinsip-prinsip
hak asasi manusia antarabangsa adalah penting bagi menegakkan
hak-hak asas sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan. Suruhanjaya amat percaya bahawa sistem kehakiman
merupakan satu organ Negara yang sangat penting untuk memelihara
dan untuk menyediakan fungsi semak dan imbang terhadap hak-hak
tersebut. Selain itu, Suruhanjaya, sebagaimana diperuntukkan oleh Akta
18 Portal 1 Klik, “Portal Negeri Sarawak”, <http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/9043-profil-negeri-sarawak.
html>
44 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 44
4/21/17 12:07 PM