yang masih ada, pihak Kerajaan secara efektif akan berjanji untuk memastikan bahawa hak kanak-kanak dilindungi sepenuhnya, dan bahawa segala usaha akan diambil demi menjamin penggubalan undang-undang domestik yang dapat membantu dalam merealisasikan hak-hak tersebut. Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) Kerajaan masih belum menyerahkan Laporan Negaranya, yang patut dikemukakan pada tahun 2012, kepada Jawatankuasa CRPD. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya difahamkan bahawa ketika laporan ini ditulis, draf Laporan Negara tersebut sedang disemak oleh Jabatan Peguam Negara. BAB 1 (c) Suruhanjaya amat bimbang dengan perlindungan yang tidak mencukupi terhadap hak-hak OKU, termasuk isu penguatkuasaan Akta Orang Kurang Upaya 2010. Ketiadaan peruntukan khusus yang mengenakan penalti ke atas individu dan/atau organisasi yang gagal mematuhi Akta ini telah merencatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan penuh Akta ini. Akta ini juga tidak memperuntukkan sebarang bentuk remedi kepada OKU yang telah dinafikan haknya. Seterusnya, Seksyen 41 Akta ini memberikan imuniti kepada Kerajaan dan agensinya yang berkaitan daripada sebarang bentuk tindakan undang-undang yang terbit daripada pelaksanaan Akta ini, yang mana menimbulkan isu kebertanggungjawaban Negara di bawah CRPD. Justeru itu, Suruhanjaya mencadangkan supaya Kerajaan menyemak semula Akta ini bagi mengukuhkan pelaksanaannya dan keberkesanannya dengan memastikan peruntukan berhubung penguatkuasaan, penalti, serta remedi dinyatakan dengan jelas supaya kes-kes ketidakpatuhan terhadap peruntukan Akta ini dapat ditangani dengan baik. Suruhanjaya berharap supaya Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menarik balik reservasi yang telah diletakkan demi memenuhi tanggungjawabnya di bawah CRPD17. Kini, tiba masanya bagi Kerajaan untuk menarik balik reservasi-reservasi tersebut kerana ia akan membolehkan semua objektif yang terkandung di dalam CRPD dicapai sepenuhnya, demi melindungi hak-hak OKU di Malaysia. (d) Konvensyen Antarabangsa Diskriminasi (ICERD) Tentang Penghapusan Segala Bentuk Suruhanjaya berpendapat bahawa memandangkan kepelbagaian latar belakang kaum, etnik, dan asal usul rakyat Malaysia, adalah penting bahawa setiap rakyat Malaysia boleh menikmati dan mengamalkan hak serta kebebasan asasi mereka secara saksama di dalam bidang 17 Malaysia meletakkan reservasi ke atas Artikel 15 dan 18 CRPD. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 43 suhakam BM.indd 43 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3