BAB 1 Berhubung dengan usia perkahwinan, Suruhanjaya mengulangi pendiriannya bahawa usia perkahwinan perlu dipinda kepada 18 tahun bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Suruhanjaya juga menegaskan bahawa mengakhiri perkahwinan kanak-kanak menjelang tahun 2030 juga merupakan antara sasaran yang telah ditetapkan di dalam SDG, yang telah menerima komitmen penuh dari Malaysia untuk menyokong dan melaksanakannya16. (ii) Kanak-kanak dalam Tahanan Suruhanjaya berpendirian bahawa kanak-kanak, tanpa mengira status undang-undang atau kewarganegaraan, tidak patut ditempatkan di pusat-pusat tahanan. Suruhanjaya menggesa Kerajaan untuk mempertimbangkan alternatif terhadap penahanan kanak-kanak yang ditempatkan di pusat-pusat tahanan. (iii) Pendaftaran dan Kewarganegaraan Kanak-kanak Suruhanjaya mencadangkan bahawa perlu ada satu prosedur operasi standard untuk memastikan bahawa proses pendaftaran adalah mudah dan senang diakses bagi kanak-kanak yang dilahirkan dalam kategori berikut: • Kanak-kanak yang lahir dari ibu bapa warganegara Malaysia; • Kanak-kanak yang lahir dari ibu atau bapa warganegara Malaysia; • Kanak-kanak yang lahir di Malaysia tetapi tidak mempunyai dokumen peribadi; • Kanak-kanak sebagaimana diklasifikasikan menurut agama, iaitu kanak-kanak Islam dan bukan Islam; • Kanak-kanak yang lahir dari warga asing atau bukan warganegara; dan • Anak angkat. Ini akan memastikan bahawa kanak-kanak tersebut tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan pendidikan, perubatan, dan lain-lain kemudahan yang penting demi memastikan hak mereka dilindungi. (iv) Penarikan balik Reservasi CRC Suruhanjaya berpendapat bahawa dengan menarik balik reservasi offences-against-children/> 16 Kenyataan Media Suruhanjaya No.29 (20 November 2016): < http://www.suhakam.org.my/press-statement-no-29-of-2016-universalchildrens-day/> 42 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 42 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3