fungsi mereka, dan sama ada majlis ini dapat mewakili suara kanakkanak dari pelbagai latar belakang melalui dua orang wakil kanakkanak yang duduk di dalamnya; vii) Mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, peserta-peserta menyokong penyeragaman usia perkahwinan kepada 18 tahun; dan BAB 1 viii) Berkenaan kemungkinan reservasi kepada CRC ditarik balik, telah ditegaskan bahawa pendirian Kerajaan adalah untuk memastikan semua undang-undang dan dasar-dasar domestik memenuhi kehendak CRC sebelum ia menarik balik apa-apa reservasi. Syor-syor (i) Pembaharuan Undang-undang Suruhanjaya mencadangkan supaya undang-undang jenayah yang berkaitan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dan definisi rogol dipinda untuk menangani keadaan yang lebih baru, dan supaya segala usaha diambil oleh Kerajaan serta semua pihak berkepentingan yang berkaitan bagi mempercepatkan Rang Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dicadangkan itu diluluskan. Di samping itu, Kerajaan juga perlu memastikan bahawa semua mekanisme undang-undang dilaksanakan dengan baik dan sistem keadilan diperkasa demi memastikan semua kes penderaan seksual dilapor dan didakwa secara berkesan14. Oleh kerana Suruhanjaya tidak dijemput ke perbincangan pasukan petugas berkaitan dengan Rang Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak, Suruhanjaya berharap bahawa ia akan dirunding dalam proses penggubalan Rang Undang-undang tersebut agar Suruhanjaya dapat memberi apa-apa bentuk bantuan dari perspektif hak asasi manusia. Suruhanjaya mengulangi bahawa setelah menandatangani CRC, Malaysia perlu berusaha untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk eksploitasi seksual dan penderaan seksual, termasuk penggunaan kanak-kanak di dalam bahan-bahan pornografi. Malangnya, perundangan khas masih belum digubal untuk melarang kesalahan khusus seperti pemilikan pornografi kanak-kanak dan aktiviti yang berkaitan dengan pembuatan atau penyebaran bahan-bahan pornografi kanak-kanak. Suruhanjaya mencadangkan peruntukan khusus digubal untuk menjadikan tindakan pedofilia; serta penerbitan, pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak sebagai satu jenayah15. 14 Kenyataan Media Suruhanjaya No.27 (15 November 2016): < http://www.suhakam.org.my/press-statement-no-27-of-2016-sexualoffences-against-children/> 15 Kenyataan Media Suruhanjaya No.27 (15 November 2016): < http://www.suhakam.org.my/press-statement-no-27-of-2016-sexual- LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 41 suhakam BM.indd 41 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3