oleh Kerajaan adalah untuk mewujudkan satu Akta yang boleh
menangani isu-isu yang lebih baru berkenaan pornografi, “sexual
grooming”, dan jenayah seksual internet serta jenayah seksual fizikal,
di samping meperluaskan definisi rogol dalam undang-undang
domestik yang sedia ada;
Merujuk kepada isu kanak-kanak dalam tahanan, para peserta
menekankan bahawa tiada pendidikan disediakan untuk kanakkanak yang berada di pusat tahanan dan menegaskan bahawa
kanak-kanak tidak sepatutnya ditempatkan di pusat tahanan. Dalam
pada itu, pusat tahanan yang berasingan untuk kanak-kanak tidak
akan menyelesaikan masalah berkenaan. Sebaliknya, kanak-kanak
dalam tahanan perlu ditempatkan di pusat perlindungan NGO
di bawah inisiatif Alternatif Kepada Penahanan (ATD) yang terusmenerus diperjuangkan oleh Suruhanjaya;
iii)
Berhubung dengan reservasi yang diletakkan ke atas Artikel 7 CRC,
ditekankan ketika PMB tersebut bahawa Artikel 7 hanya menyatakan
“kewarganegaraan” dan bukan kewarganegaraan khusus Negara
itu sendiri. Oleh itu, Malaysia tidak mempunyai kewajipan untuk
memberi kanak-kanak kewarganegaraan Malaysia selagi kanakkanak itu berhak kepada kewarganegaraan mana-mana negara
lain. Maka, tidak ada sebab atau keperluan bagi reservasi ke atas
Artikel 7 CRC;
iv)
Para peserta menimbulkan kebimbangan mengenai keberkesanan
mewujudkan sebuah daftar pelaku jenayah seksual terhadap kanakkanak, kerana kadar sabitan pesalah jenayah seksual di Malaysia
sangat rendah dan ia tidak akan menyediakan senarai komprehensif
pesalah yang telah disabitkan dan individu yang berkemungkinan
melakukan jenayah tersebut;
v)
Kekurangan akses untuk pendaftaran kelahiran anak juga telah
dibangkitkan oleh peserta. Ramai ibu bapa, terutamanya yang
tidak berpendidikan dan dari kawasan luar bandar mendapati
proses pendaftaran kelahiran sangat mengelirukan dan sukar kerana
terdapat banyak keperluan pentadbiran dan prosedur. Di samping
itu, ramai Orang Asli/Asal masih melahirkan anak di rumah dan bukan
di hospital, dan oleh sebab proses pendaftaran yang rumit, ramai
kanak-kanak tidak didaftarkan ketika lahir, seterusnya membawa
kepada masalah lain yang berkaitan kerana mereka tidak memiliki
kad MyKID;
vi)
Para peserta bersetuju bahawa kanak-kanak perlu diperkasakan.
Walaupun Malaysia mempunyai Majlis Kanak-kanak di bawah
KPWKM, kebimbangan telah dibangkitkan mengenai komposisi
sebenar majlis tersebut, proses pemilihan wakil kanak-kanak serta
BAB 1
ii)
40 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 40
4/21/17 12:07 PM