iii)
Peluang pekerjaan; dan
iv)
Langkah-langkah khas/perlindungan.
BAB 1
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya masih menghadapi cabaran
dalam mendapatkan maklumat bagi tujuan penyediaan Laporan
Bebas. Maklumat yang diperolehi dari PMB ini mungkin tidak mencukupi
untuk membantu Suruhanjaya dalam menyediakan laporan tersebut.
Ini kerana terdapat beberapa isu, seperti pembangunan ekonomi
untuk wanita di kawasan luar bandar, yang bukan di bawah bidang
kuasa langsung KPWKM. Walaupun terdapat wakil dari jabatan-jabatan
berkaitan, maklumat komprehensif mengenai pencapaian rancangan
ekonomi tersebut tidak disampaikan sepenuhnya di dalam mesyuarat. Ini
menyukarkan Suruhanjaya dalam memproses maklumat dan memahami
isu yang dibangkitkan.
Suruhanjaya juga mengambil maklum berkenaan pendirian Kerajaan
ke atas reservasi yang masih dikekalkan. Walau bagaimanapun, ia
tidak seharusnya menghalang
perbincangan mengenai keperluan
untuk menyemak semula undang-undang yang berkaitan secara
berterusan demi memastikan ia selaras dengan situasi semasa dan norma
antarabangsa.
Suruhanjaya kini sedang di dalam proses penyediaan Laporan Bebasnya
berikutan penyerahan Laporan Negara Malaysia dan berharap agar
Kerajaan akan mengekalkan penglibatan yang berterusan dengan
Jawatankuasa CEDAW demi manfaat dan pembangunan hak-hak wanita
di Malaysia.
Syor
Suruhanjaya menegaskan bahawa Kerajaan perlu sentiasa berusaha untuk
menambahbaik hak-hak wanita di Malaysia. Isu-isu seperti pemerolehan
kewarganegaraan bagi anak dan amalan perkahwinan poligami telah
menjejaskan golongan wanita di Malaysia selama bertahun-bertahun,
dan masih terus berlaku. Sudah tiba masanya bagi Kerajaan dan agensiagensi berkaitan untuk membincangkan secara serius penyelesaian bagi
cabaran-cabaran tersebut.
(b) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC)
Pihak Kerajaan hanya menyerahkan Laporan Negaranya yang pertama
pada tahun 2006, dan telah lewat dalam menyerahkan Laporan Negara
ke-2, ke-3 dan ke-4 ke Jawatankuasa CRC. Suruhanjaya telah menekankan
bahawa Laporan Negara telah lama tertangguh dalam Laporan Tahunan
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 37
suhakam BM.indd 37
4/21/17 12:07 PM