Laporan Bebas ke Jawatankuasa CEDAW
BAB 1
Suruhanjaya telah mengadakan dua PMB pada bulan April 2014 dan
Februari 2015, khusus untuk membincangkan kemungkinan penarikan
balik reservasi yang masih ada. Berdasarkan PMB tersebut, Suruhanjaya
mendapati majoriti peserta bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk
Kerajaan mengkaji semula pendiriannya terhadap reservasi yang masih
ada.
Suruhanjaya berpendapat bahawa pembangunan dan penyertaan
wanita dalam bidang perundangan, sosial, dan ekonomi di Malaysia
adalah penting untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan juga sebahagian
daripada agenda dalam SDG untuk mengurangkan ketidaksaksamaan.
Suruhanjaya mengambil maklum bahawa penambahbaikan dalam
bidang kesihatan, pendidikan, dan ekonomi dapat meningkatkan lagi
kualiti hidup dan mengurangkan ketidaksaksamaan9. Matlamat untuk
mengurangkan ketidaksaksamaan telah menjadi salah satu tujuan
utama SDG10 dan adalah penting bagi Suruhanjaya, agensi Kerajaan,
dan masyarakat awam untuk bekerjasama bagi menambahbaik dan
memajukan pelbagai aspek dalam pembangunan wanita demi mencapai
nilai yang lebih tinggi.
Oleh itu, Suruhanjaya telah menganjurkan PMB berkenaan CEDAW
bersama pelbagai agensi Kerajaan dan NGO pada 12 Oktober 2016 untuk
mendapatkan pandangan dan maklumat daripada mereka mengenai
perkembangan isu-isu berkaitan wanita. Maklumat yang dikumpul akan
dimasukkan ke dalam Laporan Bebas Suruhanjaya ke Jawatankuasa
CEDAW.
Objektif PMB tersebut adalah seperti berikut:
i)
Untuk berhubung dan bertukar pandangan mengenai perkembangan
isu-isu berkaitan wanita di Malaysia dengan agensi-agensi Kerajaan;
ii)
Untuk mendapatkan maklumat, data, dan maklum balas lanjut
terhadap pencapaian mengenai kesaksamaan gender di Malaysia;
dan
iii)
Untuk mendapatkan maklum balas berkenaan isu-isu yang berkaitan
wanita dari sudut dasar dan undang-undang.
Empat isu utama telah dibincangkan dalam PMB tersebut, iaitu:
i)
Akses kepada sokongan undang-undang dan keadilan;
ii)
Kesihatan, kebajikan, dan pendidikan;
9
UNDP Malaysia, “Agenda Pembangunan Lestari 2030”, <http://www.my.undp.org/content/malaysia/en/home/post-2015/sdgoverview.html>
10 Ibid
36 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 36
4/21/17 12:07 PM