II. BAHAGIAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG DAN TRITI BAB 1 Sepanjang tahun 2016, isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan kanak-kanak, wanita, OKU, Orang Asli/Asal dan kerajaan telah dipaparkan secara jelas di dalam media dan diperjuangkan secara berterusan oleh CSO. Perhatian yang diberikan terhadap isu-isu ini adalah satu tanda positif bahawa orang ramai telah menyedari kepentingan menegakkan hak asasi manusia dan telah mengambil peranan yang aktif untuk memajukan hak-hak tersebut. Bahagian Pembaharuan Undang-undang dan Triti (LRTD) menyedari bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak berkepentingan bukan sahaja hanya berkaitan dengan hak-hak yang diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tetapi juga berkaitan dengan pelaksanaan obligasi yang telah dipersetujui oleh Malaysia di bawah norma dan triti antarabangsa. Dalam usaha Suruhanjaya untuk memajukan lagi isu-isu ini dengan pihak berkepentingan, LRTD telah mengambil langkah-langkah aktif untuk meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan yang berkaitan dengan menganjurkan pelbagai perbincangan, mesyuarat, dan kerjasama dengan mereka. Suruhanjaya melalui LRTD akan meningkatkan usahanya di dalam dan luar negara demi memastikan bahawa rungutan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang terkesan akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh Kerajaan. 1. TRITI ANTARABANGSA (a) Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Malaysia telah meratifikasi CEDAW pada bulan Ogos 1995 dengan reservasi terhadap beberapa Artikel7. Seterusnya, beberapa reservasi telah ditarik balik pada tahun 1998 dan 20108. Sehingga hari ini, Malaysia masih mengekalkan reservasi berkenaan kewarganegaraan (Artikel 9(2)) serta perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan hubungan kekeluargaan (Artikel 16(1)(a), 16(1)(c), 16(1)(f) dan 16(1)(g)) dan Kerajaan telah memaklumkan bahawa Malaysia tidak berniat untuk menarik balik reservasi yang masih ada. Suruhanjaya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan di atas penyerahan Laporan Negara CEDAW kepada Jawatankuasa CEDAW baru-baru ini di Geneva pada bulan September 2016. Laporan tersebut menggabungkan Laporan Negara ke-3, ke-4 dan ke-5. 7 8 Reservasi awal adalah pada Artikel 2(f), 5(a), 7(b), 9 dan 16. Pada tahun 1998, Malaysia telah menarik balik reservasi ke atas Artikel 2(f), 9(1), 16(1)(b), 16(1)(d), 16(1)(e) dan 16(1)(h) dan pada tahun 2010, Malaysia telah menarik balik reservasi ke atas Artikel 5(a), 7(b) dan 16(2). LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 35 suhakam BM.indd 35 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3