susulan dan penilaian peringkat serantau adalah berasaskan kepada analisis
peringkat nasional, dan seterusnya dituruti oleh penilaian di peringkat global.
BAB 1
Pada bulan Oktober 2015, Persidangan Antarabangsa Ke-12 Jawatankuasa
Penyelaras Antarabangsa Institusi Kebangsaan bagi Promosi dan Perlindungan
Hak Asasi Manusia (ICC) telah dianjurkan di Merida, Yucatan, Mexico, dengan
fokus terhadap “Matlamat Pembangunan Lestari: Apakah Peranan Institusi Hak
Asasi Manusia?” Persidangan itu, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Kebangsaan Mexico (CNDH) dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya
Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) dan ICC, telah membuat kesimpulan untuk
menerima pakai Deklarasi Merida, dokumen bersejarah yang menggalakkan
semua Institusi Hak Asasi Manusia (NHRI), sejajar dengan mandat mereka di
bawah Prinsip-prinsip Paris, untuk bekerjasama dalam pembinaan keupayaan
bersama dan perkongsian pengalaman untuk menyumbang kepada
pendekatan yang berasaskan hak asasi manusia untuk pelaksanaan Agenda
2030 Pembangunan Lestari.
Deklarasi Merida6 menggariskan beberapa peranan NHRI yang boleh diambil:
i)
Menasihati kerajaan persekutuan dan tempatan, pemegang hak, dan
pihak lain untuk menggalakkan pendekatan berasaskan hak asasi manusia
dalam melaksanakan dan membuat penilaian terhadap SDG, termasuk
menilai kesan perundangan, dasar, program, rancangan pembangunan
negara, amalan pentadbiran, dan belanjawan bagi merealisasikan
konsep hak asasi manusia untuk semua.
ii)
Membina dan mengukuhkan perkongsian untuk tujuan pelaksanaan
dengan mempromosikan proses yang telus dan inklusif untuk penyertaan
dan rundingan dengan pemegang hak dan masyarakat awam di semua
peringkat pelaksanaan SDG.
iii)
Melibatkan semua pihak berkepentingan untuk meningkatkan kesedaran
dan membina kepercayaan, serta menggalakkan dialog dan usaha
bersepadu untuk pendekatan berasaskan hak asasi manusia bagi
pelaksanaan dan pemantauan SDG.
Pada tahun ini, Suruhanjaya sangat aktif dalam menghadiri program SDG yang
dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Suruhanjaya memuji inisiatif
Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu SDG yang
akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah EPU, dan yang keanggotaannya
akan terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensiagensi Kerajaan dan CSO. Suruhanjaya berharap untuk bekerjasama dengan
Jawatankuasa Pemandu ini dengan menjadi salah satu ahli jawatankuasa,
demi berkongsi pandangan dan kepakaran mengenai perkara ini.
6
Perikatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI), “Persidangan Antarabangsa Ke-12”, <http://nhri.ohchr.org/
EN/ICC/InternationalConference/12IC/Background%20Information/Merida%20Declaration%20FINAL.pdf>
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 33
suhakam BM.indd 33
4/21/17 12:07 PM