dan tahanan, ahli-anli keluarga, dan masyarakat. Suruhanjaya telah menemu bual 100 orang responden termasuk ‘transwomen’ dan ‘transmen’. Suruhanjaya telah melantik penyelidik luar untuk membantu menganalisis data yang diperolehi daripada temu bual. Kajian tersebut akan siap pada tahun hadapan. HAK ORANG KURANG UPAYA a) Hak kepada Pendidikan bagi Kanak-kanak yang Bermasalah Pendidikan BAB 1 5. Pada tahun 2015, Suruhanjaya telah melancarkan laporan mengenai “The Right to Education for Children with Learning Disabilities (CWLD): Focusing on Primary Education”. Seiring dengan itu, satu PMB mengenai hasil dapatan laporan tersebut telah diadakan bersama agensi Kerajaan dan NGO. Suruhanjaya telah bersetuju untuk berkongsi hasil dapatan laporan tersebut dengan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya, oleh itu permohonan telah dibuat kepada majlis tersebut untuk sesi makluman. Semasa mesyuarat ke-3 Majlis yang telah diadakan pada 28 November, Pesuruhjaya Francis Johen telah dijemput oleh pihak Majlis untuk membentangkan laporan tersebut bagi pihak Suruhanjaya. Mesyuarat Majlis telah dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyrakat YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, dan dihadiri oleh ahliahlinya yang terdiri daripada para pegawai dari agensi Kerajaan4 dan individu yang mempunyai pengalaman, kepakaran, dan pengetahuan mengenai masalah dan isu-isu orang kurang upaya (OKU). Berikut merupakan rumusan pemerhatian dan syor-syor oleh Suruhanjaya di dalam mesyuarat tersebut: 4 i) Gambaran keseluruhan isu-isu yang berkaitan dengan rangka kerja undang-undang dan dasar Kerajaan, halangan kepada pendidikan untuk CWLD, cabaran dalam persekitaran sekolah, pelajaran dan aktiviti Program Pendidikan Khas Bersepadu (SEIP), dan lain-lain. ii) Cadangan untuk penubuhan sebuah pangkalan data bersepadu yang memuatkan statistik mengenai kanak-kanak kurang upaya; untuk melanjutkan SEIP dan pendidikan inklusif kepada semua sekolah; untuk meningkatkan sumber manusia (sebagai contoh dengan mengambil lebih ramai guru pendidikan khas, memastikan penempatan yang betul bagi guru-guru pendidikan khas, dan lainlain); untuk meluluskan dengan serta-merta peruntukan dana bagi sekolah-sekolah yang memerlukan perhatian segera; untuk menjalin kerjasama pintar/strategik dengan syarikat-syarikat swasta, dan lainlain. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Sosial (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengangkutan, dsb. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 31 suhakam BM.indd 31 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3