BAB 1 empangan hidroelekrik baru di Sarawak. Khususnya, Suruhanjaya meminta Kerajaan untuk mengeluarkan perintah moratorium atau perintah larangan sementara ke atas semua pembangunan yang melibatkan hak tanah adat, sementara menantikan pelaksanaan syor yang telah diberikan. 3. PELAN TINDAKAN KEBANGSAAN HAK ASASI MANUSIA (NHRAP) Sebagai penerusan peranan Suruhanjaya di dalam Jawatankuasa Pemandu NHRAP, mesyuarat susulan bersama konsultan yang telah dilantik iaitu Hazizah and Co telah diadakan pada 9 Ogos untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kerja merangka NHRAP. Dalam mesyuarat tersebut, pihak konsultan telah memaklumkan bahawa sebanyak 36 Kementerian dan Jabatan telah ditemu bual dan dijangka sebanyak 15 lagi agensi akan ditemu bual. Selain itu, pihak konsultan turut menjalankan tinjauan atas talian tentang persepsi umum mengenai hak asasi manusia. Seramai 3,000 responden dari Malaysia telah turut serta di dalam tinjauan ini. Selain itu, Suruhanjaya telah mendapat jaminan bahawa draf NHRAP akan tersedia pada bulan November atau Disember. Setelah draf tersebut siap, konsultasi yang seterusnya akan diadakan bersama pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklum balas mengenai draf tersebut. Suruhanjaya amat menantikan proses kerjasama dengan pihak konsultan dan BHEUU mengenai perkara ini. Suruhanjaya beriltizam untuk merealisasikan NHRAP dan oleh itu akan terus membantu bila diperlukan. Suruhanjaya ingin mengulangi syorsyor yang telah dikemukakannya, dan menggesa Kerajaan untuk memastikan perangkaan NHRAP oleh pihak konsultan adalah mengikut garis masa yang ditetapkan iaitu dalam tempoh 18 bulan (November 2015 hingga April 2017), demi mengelakkan kelewatan lanjut. 4. KAJIAN MENGENAI KOMUNITI TRANSGENDER Pada tahun ini, Suruhanjaya bersetuju untuk menjalankan kajian asas untuk mendapatkan maklumat mengenai diskriminasi yang dihadapi oleh komuniti transgender di negara ini. Fokus kajian adalah untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai diskriminasi yang dihadapi oleh golongan transgender. Sesi temu bual berstruktur telah diadakan, di mana responden diminta memberi maklumat terperinci mengenai aspek-aspek demografi mereka, serta mengenai hak-hak kepada pekerjaan, penjagaan kesihatan, pendidikan, perumahan, dan maruah diri. Di dalam bahagian berkenaan maruah diri, soalan telah ditanyakan berkenaan penderaan atau keganasan yang dilakukan oleh pelbagai pihak seperti pihak berkuasa semasa tangkapan 30 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 30 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3