Suruhanjaya di dalam laporan Inkuiri Nasional. Pada 7 April mesyuarat ulung Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, telah diadakan. Di dalam mesyuarat tersebut, syor-syor berikut telah dibuat: Setiap Kerajaan Negeri perlu melaporkan secara berkala mengenai status kawasan yang diwartakan untuk Orang Asli di bawah Seksyen 6 dan 7 Akta Orang Asli 1954; ii) Berpandukan prinsip pendekatan berasaskan prinsip persetujuan awal, bebas, dan termaklum (FPIC), seperti yang dibayangkan oleh Perisytiharan PBB Mengenai Hak Orang Asal, JAKOA dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak akan merangka garis panduan untuk memastikan penyertaan Orang Asal dalam agenda pembangunan negara/negeri-negeri tersebut, terutamanya di kawasan-kawasan yang akan mempunyai kesan langsung ke atas mereka; iii) Cadangan penstrukturan semula oleh JAKOA akan dihantar ke Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah (KKLW) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan; iv) Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan JAKOA akan membina modul latihan untuk kakitangan dan pegawai yang terlibat dalam pentadbiran tanah adat dan Orang Asal; v) Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri akan menjalankan kajian mengenai konsep hak tanah adat; vi) Objektif Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK) akan dipinda untuk meluaskan mandatnya bagi membolehkan yayasan tersebut mewakili Orang Asli dalam kes-kes berkenaan tanah, serta untuk meningkatkan kapasiti ahlinya dalam menguruskan kes tanah adat; dan vii) Tiga jawatan tambahan di dalam Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) akan diwujudkan supaya BITU dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai urusetia Jawatankuasa Kabinet tersebut dengan berkesan. BAB 1 i) Walau bagaimanapun, Suruhanjaya amat bimbang dengan kelengahan Kerajaan dalam mengambil tindakan-tindakan tersebut, yang telah pun menyebabkan pencabulan hak asasi Orang Asal, terutama sekali pencerobohan terhadap tanah adat untuk kegunaan pembangunan yang masih berlaku sehingga hari ini. Sebagai contoh, pada tahun ini, Suruhanjaya menerima 41 aduan mengenai hak tanah adat. Walaupun Kerajaan telah memberikan komitmen kepada isu ini, pencerobohan tanah Orang Asal untuk tujuan pembalakan, pertanian, dan penggalian masih berlaku. Suruhanjaya percaya bahawa Kerajaan boleh mengambil pendekatan yang sama dengan pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, yang telah mengeluarkan perintah moratorium terhadap pembangunan projek LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 29 suhakam BM.indd 29 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3