untuk mengkaji TPPA, dengan mandat untuk membentangkan hasil kajian mereka kepada Parlimen. • Penilaian Impak Hak Asasi Manusia (HRIA) BAB 1 Suruhanjaya mengesyorkan kepada Kerajaan untuk menjalankan HRIA terhadap TPPA sebagai tambahan kepada dua analisis kos-faedah yang telah dijalankan. Salah satu elemen penting di dalam usaha wajar hak asasi manusia korporat, seperti yang digariskan di dalam UNGP, ialah proses pengenalpastian dan penilaian sebarang kesan buruk kepada hak asasi manusia, sama ada kesan sebenar atau yang mungkin, dengan matlamat untuk menanganinya. Proses-proses untuk mengenal pasti dan menilai kesan-kesan tersebut mungkin berupa inistiatif tunggal, seperti HRIA. Langkah ini adalah selaras dengan syor Kumpulan Pakar PBB kepada setiap Negara supaya menjalankan HRIA sebelum menandatangani sebarang perjanjian perdagangan. Baru-baru ini, telah dilaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan menarik diri daripada perjanjian TPPA pada hari pertama beliau menjejakkan kaki di Rumah Putih. Disebabkan itu, Menteri Kedua Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Ong Ka Chuan telah mengumumkan bahawa Malaysia bersama dengan 10 lagi negara anggota di dalam TPPA akan tetap meneruskan penyertaan mereka walaupun tanpa Amerika Syarikat sekiranya suatu klausa keperluan dipinda. Berdasarkan kepada TPPA yang telah dipersetujui, perjanjian tersebut hanya boleh berkuatkuasa sekiranya diluluskan oleh enam buah negara yang bertanggungjawab ke atas 85 peratus daripada keluaran ekonomi TPP. Secara teknikalnya, perjanjian tersebut tidak akan membawa apa-apa erti tanpa ratifikasi daripada Amerika Syarikat, negara yang ekonominya membentuk 60 peratus daripada nilai ekonomi TPP. Berdasarkan situasi di atas, Suruhanjaya akan meneruskan pemantauan terhadap isu ini, khususnya mengenai sama ada 11 buah negara anggota tersebut akan meneruskan perjanjian ini tanpa Amerika Syarikat. 2. TINDAKAN SUSULAN INKUIRI NASIONAL TERHADAP HAK TANAH ORANG ASAL Pada 3 Jun, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Hak Tanah Adat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri untuk menangani, memantau, dan melaksanakan hasil dapatan di dalam laporan Pasukan Petugas Khas Kerajaan. Peranan Jawatankuasa Kabinet akan merangkumi peranan sebagai Suruhanjaya Kebangsaan bebas, seperti yang disyorkan oleh 28 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 28 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3