• Memastikan Perjanjian Pelaburan dan Perdagangan Malaysia Tidak Memberikan Kesan Buruk kepada Hak Asasi Manusia BAB 1 Syor 17 di dalam Pelan Strategik Rangka Kerja NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan (dokumen Suruhanjaya mengenai hak asasi manusia dan perniagaan yang telah dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri pada 24 Mac 2015) menyatakan bahawa Kerajaan tidak boleh mengabaikan kewajipan hak asasi manusia mereka di dalam memuktamadkan sebarang perjanjian pelaburan dan perdagangan. Perjanjian ekonomi yang dimeterai oleh Kerajaan, sama ada dengan Negara lain atau dengan perusahaan perniagaan - seperti triti pelaburan dwi-lateral, perjanjian pelaburan bebas, atau kontrak kepada projek pelaburan - mewujudkan peluang ekonomi bagi Kerajaan tetapi juga boleh memberi kesan kepada ruang dasar domestik Kerajaan. Sebagai contoh, syarat-syarat perjanjian pelaburan antarabangsa boleh mengekang Kerajaan daripada melaksanakan sepenuhnya undang-undang hak asasi manusia baru, atau membuka risiko Kerajaan menghadapi timbangtara antarabangsa yang mengikat jika ia berbuat demikian. Oleh itu, Kerajaan perlu memastikan bahawa ia mengekalkan keupayaan kawal selia dan dasar yang cukup untuk melindungi hak asasi manusia di bawah syaratsyarat perjanjian itu, di samping menyediakan perlindungan pelabur yang diperlukan. • Konsultasi yang Bermakna bersama Pihak Berkepentingan Memandangkan masa yang sangat terhad sejak pengeluaran teks sebenar TPPA pada 5 November 2015 oleh Kerajaan, Suruhanjaya mengesyorkan supaya lebih banyak rundingan yang bermakna dan masa diperuntukkan bagi pihak berkepentingan untuk menilai dan merujuk kepada pakar-pakar bebas untuk pemahaman yang lebih baik dan mendalam terhadap teks TPPA. Di samping itu, memandangkan TPPA akan memberi kesan yang besar ke atas Malaysia, perlu ada perbincangan yang lebih aktif mengenai peruntukan dan implikasi perjanjian tersebut, dan juga rundingan yang bermakna, sebelum Kerajaan membuat apaapa keputusan untuk menandatangani atau meratifikasi TPPA. • Penubuhan Jawatankuasa Pemilih Tetap Parlimen (PSC) mengenai TPPA Suruhanjaya mengalu-alukan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Kaukus Parlimen mengenai TPPA. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya difahamkan bahawa oleh sebab Kaukus tersebut diberikan mandat yang terhad, ia hanya terlibat di dalam siri sesi taklimat oleh Kerajaan dan tiada perbincangan yang mendalam mengenai perkara ini. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya mengesyorkan supaya sebuah PSC ditubuhkan LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 27 suhakam BM.indd 27 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3