BAB 1
Antara Ahli Panel Perbincangan Meja Bulat mengenai TPPA. Dari kiri En. Kesavan a/l Karuppiah
(Kementerian Sumber Manusia) and Datuk J. Jayasiri (Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri)
Isu-isu yang berikut telah diutarakan oleh peserta semasa PMB tersebut termasuk:
i)
Sifat Eksklusif Data
Kebimbangan telah dibangkitkan oleh para peserta mengenai sifat
eksklusif data yang akan memberi kesan ke atas kos perubatan. Penjagaan
kesihatan awam di Malaysia bergantung kepada subsidi Kerajaan, dan
dengan itu apa-apa pertambahan dalam kos perubatan akan memberi
kesan kepada hak asasi manusia, terutamanya hak kepada kesihatan.
Terdapat dakwaan bahawa syarikat-syarikat pengeluar ubat boleh
memanipulasi peruntukan-peruntukan terbabit, yang akan menjejaskan
kemasukan ubat generik.
ii)
Penilaian Impak Hak Asasi Manusia (HRIA)
Para peserta mengalu-alukan dua kajian analisis kos-faedah yang
dijalankan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan
Price Waterhouse Cooper (PWC). Bagaimanapun, kebimbangan turut
dibangkitkan bahawa Kerajaan tidak menjalankan sebarang HRIA
berkenaan dengan TPPA.
iii)
Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Kerajaan (ISDS)
Peruntukan-peruntukan di dalam ISDS membolehkan pelabur asing
mencabar undang-undang atau dasar Kerajaan jika mereka percaya
bahawa undang-undang atau dasar itu akan mengurangkan keuntungan
masa depan mereka. Walaupun ISDS bukan saja untuk pelabur asing
tetapi juga pelabur Malaysia, yang semakin memandang ke luar
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 25
suhakam BM.indd 25
4/21/17 12:07 PM